Fasha Sandha cipta satu lagi kontroversi. Kononnya dulu Budiey ada terdengar gossip, Fasha menjadi punca perceraian hubungan perkahwinan Datuk S dan isteri. Harian Metro dan Abang Nas dalam slot Terjah Melodi TV3 hari ini telah merungkaikan samada betul atau tidak gossip tersebut ketika sessi terjah dan temubual Fasha Sandha di satu majlis anjuran Datuk Shafik di rumah beliau. Apabila ditanya, sejauh mana hubungan Datuk S di mata Fasha… hanya jawaban klise yang diberikan…”Hubungan kami hanya kawan. Kami baru sahaja berkawan…”
Datuk S Sayang Fasha?
Dipetik dari Harian Metro (25 Mei 2008)
Oleh NOR AKMAR SAMUDINKehadiran pelakon Nur Fasha Sandha Hassan, ke majlis barbeku di kediaman Pengerusi Eksekutif Kumpulan SNC Associates Sdn Bhd, Datuk Shafik Rizaal Saaban atau dikenali sebagai Datuk S, di Mutiara Homes, Damansara, Rabu lalu, bagaikan mengiakan hubungan mesra yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Pada awalnya, kehadiran wartawan Metro Ahad di majlis itu sedikit mengejutkan Fasha. Dia yang ketika itu menikmati hidangan, segera memalingkan muka ke sisi. Riak wajahnya yang biasanya ceria apabila bertemu rakan wartawan bertukar cuak dan kemesraan yang biasa dipamerkannya juga hampir lenyap.
Apakah ada sesuatu yang cuba disembunyikan Fasha di atas kehadirannya ke kediaman duda itu? Jika tiada apa-apa, masakan sikapnya berubah begitu sekali. Apakah benar Shafik lelaki yang mula bertakhta di hatinya sekarang? Sebelum ini, terdengar desas-desus Fasha menjalin hubungan rapat dengan seseorang dan lelaki yang dikatakan mendapat tempat di hatinya tidak lain adalah Shafik.
Khabar itu semakin panas apabila Fasha yang sering dituduh sebagai ‘pengganggu’ rumah tangga orang dikatakan menjadi punca keretakan dan perceraian Shafik dan isterinya, Norhaslinda Bakar, 28.
“Saya baru sebulan berkawan dengan beliau (Shafik). Sebelum ini, memang saya mengenalinya kerana penggambaran Natasha 2 dibuat di pejabat beliau di SNC Associates. Selepas itu, beliau ada mengirim SMS kepada saya tetapi kerana waktu itu beliau masih beristeri saya tidak pernah membalasnya. Sekarang pun kami hanya berkawan dan dia belum jadi orang yang paling istimewa dalam hidup saya. Saya ke majlis ini pun bukan bersendirian tetapi bersama kru drama Jangan Main Belakang kerana kami ada majlis pratonton drama itu di pusat beli-belah The Curve. Drama ini juga menggunakan pejabat SNC Associates untuk adegan dalam pejabat. Jadi kebetulan rumah beliau berhampiran The Curve dan ada undangan daripadanya, selepas habis majlis di sana, kami terus ke sini,” katanya.
Terus diasak mengenai gosip keintiman mereka berdua, Fasha tetap menegaskan mereka cuma berkawan dan tidak lebih daripada itu.
Fasha menjelaskan, dia mula membalas SMS Shafik selepas lelaki itu memberitahu yang dia sudah bercerai ketika mereka bertemu pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, di Genting Highlands, Mac lalu.
“Saya tidak membalas SMS beliau sebelum ini kerana dia sudah beristeri. Kini situasi beliau sudah berbeza. Sungguh pun begitu, belum terbit rasa sayang padanya. Saya tahu beliau sudah beristeri kerana pernah terserempak beliau dan isterinya pada satu majlis. Sebab itu ketika bertemu di Genting, saya terus bertanya di mana isterinya. Katanya, mereka sudah bercerai. Memang saya mengenali beliau sewaktu penggambaran Natasha 2 tetapi saya tidak pernah ambil tahu hal peribadinya,” katanya.
Dengan tegas Fasha beritahu yang dia datang ke majlis barbeku itu sebagai tetamu jemputan.
“Saya berkawan dengan semua orang dan bukan kerana beliau seorang hartawan. Saya berkawan bukan kerana harta. Persahabatan kami biasa saja, jadi saya tidak tahu hendak kata apa. Ingin saya jelaskan di sini yang saya tidak pernah masuk campur dalam urusan rumah tangga beliau dan saya sendiri tidak tahu yang mereka bercerai sehinggalah berjumpanya di Genting Highlands,” katanya.
Dengan nada kurang senang, Fasha syak ada pihak yang sudah merancang kehadiran wartawan ke majlis itu.
“Saya terkejut kerana wartawan pun ada tetapi saya tidak takut kerana saya datang bersama krew Jangan Main Belakang,” katanya.
Bagaimanapun, ketika ditanya rancangan masa depannya, Fasha berkata dia ingin menamatkan zaman solonya sebelum usianya menjangkau 30 tahun.
“Saya memang sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata. Terpulanglah kepada jodoh sama ada ia datang cepat atau lambat,” katanya.
Fasha yang bagaikan sudah tidak sabar untuk meninggalkan majlis itu, enggan bergambar dengan Shafik. Apabila berkali-kali didesak, dengan wajah mencuka, dia berkata ‘No, I don’t want’ (Tidak, saya tak mahu) sebelum terus masuk ke keretanya.
Sepanjang temubual dengan Fasha, Shafik berada di dalam kediamannya. Selepas Fasha pulang, hampir setengah jam barulah Shafik muncul di perkarangan kediamannya.
Sebagai orang yang terbabit dengan dunia korporat, Shafik lebih bersikap terbuka dan mungkinkah itu petanda beliau sudah membuat pilihan yang Fasha bakal Datin dalam hidupnya?
Strategi Fasha Sandha kali ini agak menjadi. Bakat dan cerita sensasinya berjalan seiring. Apa yang Budiey harapkan, andai betul mereka bercinta, apa salahnya… tahniah dan kita tunggu sahaja dan doakan kebahagian untuk hari bahagia mereka seterusnya.
[tags]gossip fasha sandha, datuk shafik, skandal fasha, datuk s, fasha cinta datuk s, how to get to sentosa island, lee hsien loong, lee hsien loong degree, lng trader, minister mentor lee kuan yew, monetary authority of singapore, oil facilities, cerita kahwin fasha, gambar zarina an julie baru, parti seks port dickson, parti liar zarina[/tags]