in ,

Gossip Erra Fazira & Hans Isaac Sensasi Gambar Kenangan

Skandal Erra Fazira dan cinta Hans Isaac masih lagi menjadi isu hangat. Di blog ini tidak ketinggalan terkena tempias. Saya menerima banyak pandangan dan pendapat daripada pembaca. Namun, apa yang saya kesal ada di antara pembaca tidak menghormati etika di mana terlalu banyak menggunakan kata-kata kesat kepada Erra Fazira. Saya selaku pengendali blog ini ingin menegaskan bahawa komen-komen yang menyentuh sensitiviti dan lucah atau kasar yang melampau tidak akan disiarkan. 

blogRasanya tidak perlu untuk kita mencari siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini. Juga saya banyak menerima komen yang mengorek segala sejarah dan gosip Erra Fazira sebelum ini. Ramai peminat yang telah pun berpaling tadah. Yang minat dan sayang Erra kini dah bertukar fikiran. Mengapa ini boleh berlaku? Pada pendapat saya Erra patut berterus terang supaya tidak mencetus salah sangka di kalangan peminat. Namun, Erra Fazira telah pun membuat kenyataan bahawa segala apa yang berlaku tidak sedikit pun memberi kesan dalam dirinya. Malah, dia tak kan mengendah segala kata-kata kesat daripada peminat. Dalam hal ini, selagi mana Hans berani bersuara, selagi itu banyak pihak yang menyalahkan Erra Fazira. Suka saya memetik perbualan Hans Isaac bersama dengan Kak Cham wartawan editor Hanizam Abdullah yang tersiar di Berita Harian hari ini.

“Memang itu hak dia, nak pilih siapa-siapa yang akan jadi suaminya. Tetapi untuk mengatakan saya dengan dia tidak ada apa-apa memanglah tak patut langsung. Saya memang tak faham langsung. Bayangkan, baru-baru ini saja kami beli seekor kucing. Namanya Hugo, sempena nama Hugo Boss. Erra yang namakan. Kak tahukan, Erra memang gemar namakan kucingnya dengan nama jenama minyak wangi?” kata Hans di suatu pagi.

“Saya ikhlas bercinta dengan dia. Dah beli apartmen sebelah menyebelah pun. Dah rancang, bila kahwin nak pecah saja dinding supaya jadi satu rumah. Dah fikir, mana bilik anak-anak, mana bilik pembantu rumah. Adakah itu tandanya perhubungan kami tidak pernah terjalin? Saya ingat 20 Ogos ini saya nak surprisekan dia. Nak propose dia pada hari jadi saya. Tetapi akhirnya saya yang dapat surprise itu. Tak sangka Kak kerana seluruh jiwa raga ini adalah untuknya seorang,” kata Hans. 

Juga petikan kenyataan Hans Isaac di ruangan Jom Semuka dalam sisipan Bintang Popular:

“SAYA akui, dalam Melodi TV3 baru-baru ini, saya pernah mengatakan, saya tak akan bercakap mengenai perkara (kemelut percintaan bersama Erra) ini lagi. Saya juga dah berbincang dengan Erra, kami tak akan berbincang mengenai isu ini lagi, sebaliknya meneruskan perjalanan seni kita. Namun, apabila Erra tampil dengan kenyataan terbarunya dalam sebuah akhbar mingguan terbitan 15 Julai lalu, sekali lagi banyak perkara tidak benar mengenai perhubungan kami diperkatakannya. Maruah saya tercalar kerana ada pihak yang mengatakan saya terlalu emosional ketika berhadapan dengan isu ini.

Kenapa saya terlalu emosional? Ketika saya sampai ke rumah Erra di Damansara pada 1 Julai tu, kira-kira jam 12.30 tengah malam, salah seorang saudara Erra, namanya Ayong membuka pintu. Rumah Erra gelap, muka Ayong pula muka orang bangun tidur. Memang tak ada makan-makan pada malam tu seperti yang didakwa Erra sebelum ini. Jadi, sebagai teman lelaki Erra pada ketika itu, pastinya saya emosional apabila mendapati ada lelaki (Engku Emran) lain di rumahnya pada masa itu. Orang kata kenapa saya emosional, saya marah? Sebabnya saya ada perancangan masa depan bersama Erra, tapi saya dapat tahu, percintaan Erra dengan Emran dah berlaku lama.

foto hans isaac frust

Saya pernah mengingatkan Erra, nak bagi kenyataan kepada wartawan, janganlah menipu lagi. Beritahulah cerita sebenar mengenai perhubungan kami. Apa yang penting bagi saya ialah kebenaran. Tapi, nampaknya Erra masih menidakkan perkara sebenar. Kenyataan Erra dalam akhbar mingguan itu, menyatakan dia berkawan rapat dengan saya bermula hujung 2006, namun ia berakhir Februari lalu. Katanya lagi, entah kenapa dia perlu menjarakkan dirinya dengan saya ketika itu. Tambah Erra, hubungan kami tak boleh lebih daripada seorang sahabat.

Terdahulu, kenyataan Erra dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertarikh 8 Julai baru-baru ini, dia menyatakan, “I admit that I was close to Hans but it was not to the stage of being in love. We were still trying to figure out our compatibility.”

Tapi, bagaimana pula dengan kiriman SMS Erra kepada saya pada 9 Julai 2006 yang antara lain berbunyi, “Sayang, I’m so happy with this trip. It’s a wonderful trip. I love you so much sayang!” SMS yang lain pula bertarikh 30 September, antara lain berbunyi “There’s no one else that I love. Only my sayang. Miss you so much sayang. I want to love you 100 percent and trust you 100 percent”.

Semua SMS itu masih saya simpan dalam telefon bimbit saya, tapi yang penting perhatikan saja tarikh SMS berkenaan dan buatlah penilaian sendiri. Saya boleh tunjuk SMS berkenaan jika ada pihak yang masih mempertikaikannya. Saya dan Erra juga pernah cuti bersama di Singapura dan menyelam skuba selepas Februari lalu iaitu tarikh yang didakwanya sudah mulai renggang bersama saya.

Layari laman web saya, hans-isaac.com dan lihat sendiri gambar percutian kami di Singapura, selain aktiviti selam skuba di Pulau Sipadan dan Pulau Mataking. Kami bercuti di Singapura awal Mei lalu dan menjayakan aktiviti selam skuba sekitar Mac hingga April, baru-baru ini. Nilailah sendiri, sama ada kami bercinta atau sekadar berkawan saja. Sekali lagi perhatikan tarikh percutian kami dan aktiviti selam skuba itu.

Yang peliknya lagi, dalam kebanyakan kenyataan Erra di media sebelum ini, dia mengatakan dia memaafkan saya di atas perbuatan saya pada malam itu (1 Julai) iaitu apabila saya ke rumahnya, mendapati Emran ada di sana dan memukulnya. Kenapa pula Erra perlu memaafkan saya? Bagi saya, tak perlu. Saya sedia untuk ditemubual kali ini kerana saya tak mahu lagi Erra terus memberikan kenyataan tidak benar kepada media, sekali gus menipu pembaca dan orang ramai.

Saya tak mahu maruah saya terus diperkotak-katikkan oleh peminat Erra atau wartawan yang mempersoalkan kenapa saya terlalu emosional. Soal Erra nak bercinta dengan siapa, terpulang, itu hak dia. Saya harap ini adalah kenyataan terakhir daripada saya. Erra pula, cukuplah dengan cerita pembohongannya. Janganlah dia terus menipu pembaca dan peminatnya sendiri termasuklah wartawan. Janganlah terus menyalahkan saya, selepas itu memaafkannya, cukuplah.

Wartawan juga janganlah terus mengatakan saya ni emosional. Kalau kejadian seumpama ini terjadi pada diri anda, anda akan tahu sendiri. Ini membabitkan maruah diri dan keluarga. Apabila orang menipu menggunakan nama saya, saya harus berdiri di hadapan dan tunjukkan kebenarannya. Saya pernah cakap pada Erra, kalau dia terus menipu, saya akan tunjukkan bukti untuk menceritakan keadaan sebenar.

Sementara itu, saya ada satu filem bekerjasama dengan Erra iaitu Cuci apabila saya bertindak sebagai penerbit, pengarah dan pelakon. Cuci dijangka memulakan kempen promosinya penghujung tahun ini. Erra pula digalakkan untuk turut mempromosikan Cuci.  Kehadirannya amat dialu-alukan. Bagi saya, hal peribadi tetap peribadi, tapi apabila tiba waktu bekerja, kita profesional. Ini adalah kerja, tempat cari makan. Seandainya Erra tak datang promosi Cuci, terpulanglah pada dia. Tapi, saya rasa Erra akan beri kerjasamanya kerana dia seorang yang profesional.

Saya harap isu ini akan segera berakhir, penatlah! Sekiranya Erra terus membuat kenyataan penafiannya terhadap segala SMS dan gambar yang disiarkan hari ini, saya akan terus memberikan bukti, ada banyak lagi. Saya harap Erra jangan buat kenyataan lagi kerana jika ada pembohongan dalam kenyataan seterusnya, keadaan akan jadi lebih teruk. Jangan paksa saya untuk balas balik kenyataannya, kalau terus berlanjutan begini, isu ini tak akan selesai. Jangan gali lubang lebih dalam untuk diri sendiri, cukuplah.”

[tags]Erra Fazira, gambar Erra dan Hans Isaac, Berita Harian, Engku emran suria fm, cinta tiga segi, Kak Cham, Hanizam Abdullah, SMS Cinta, kisah cinta Erra Fazira, gosip Erra Hans, gossip, Paula Malai Ali bercium, laman web Hans Isaac, gambar hans isaac, Erra Fazira berpisah, filem cuci, gambar kenangan Hans isaac di singapura, Sitti Navarro, Mariam Johari, Najib Hanif, Ummi Nazeera, Putri Andreanna Syigim, Yasmin wachaa, sinar FM, AC Mizal join era, reuniting rhb, Anne berkahwin, tunang, Awie Wings, Yusry KRU, singapore pictures, gallery, galeri[/tags]

erra fazira & hans isaac

erra fazira hans isaac

erra fazira hans

hans isaan gambar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gisele Bundchen, Kate Moss, Heidi Klum: The Richest Model

Konsert Nancy Ajram in Kuala Lumpur 4 Ogos 2007