Sejurus selepas berlangsung BOH Cameronian Awards pada malam Ahad lalu, Budiey dan kawan-kawan ada join Post Party yang ditaja khas oleh Heineken. Tapi Budiey mana boleh minum minuman yang disediakan oleh penaja tu. Haram! Dalam kata haram tu, ada sorang selebriti yang beragama Islam selamba badak je teguk. Mmm… kat situ nasib baik ada minuman ice lemon tea yang disediakan oleh BOH. Terima kasih BOH! Huhu tak pasal-pasal dapat iklan percuma.
Ramai juga selebriti dan orang-orang seni join party tu. Cuma Budiey nampak Liza Hanim dan sebilangan pelakon P. Ramlee The Musical yang nak kena berlepas ke Singapura esoknya tu terpaksa balik rumah. Diorang kenalah berehat. Tak boleh party-party sakan, okay. Nanti hilang seri kat atas pentas.
Masa Budiey dan kawan Budiey yang juga penulis sambilan di Portal GUA ni tengah lepak-lepak sambil bergossip, muncullah model dan pelakon kacukan terkenal, Elaine Daily bersama dengan serombongan kawan-kawan serta kerabatnya.
Wah! Elaine Daily pada malam tu, bukan main lagi melaram. Tapi itu pakaian Elaine tak mengejutkan sangat buat kami. Yang buat kami terkejut, depan-depan mata kami… Elaine Daily nampak begitu mesra dengan seorang pemuda kacak yang sangat familiar. Wow, Elaine bawa anak ikan ke? Bukan main intim lagi dengan jejaka tampan ni.
Ha, Budiey tak boleh kasi tau nama jejaka ni. Nanti Budiey kena marah sebab tak beretika dalam menulis gossip. Kalau nak tulis gossip mana boleh letak nama. Cuma boleh letak umur ke, tempat tinggal ke, nama filem yang pernah dilakonkan ke, atau letak anugerah yang pernah dimenanginya ke dan apa-apa je lah yang boleh dibuat klu. Yang penting kat sini, gossip tak boleh letak nama. So, korang kena faham. Itu etika kewartawan. Jadi, Budiey tak boleh war-warkan kat sini, siapa kawan baik Elaine tu. Yang Budiey boleh cakap, dia ni seorang pengetuk drummer yang good looking dari sebuah band yang sekarang ni tengah meletop-letop. Ramai gila peminat perempuan yang suka dia ni.
Tapi kan, Budiey rasa pelik malam tu, Elaine siap berpegangan tangan… klise kan, asal pegang tangan aje, orang ingat mereka sedang bercinta. Memang sinonim nak buat camna. Tapi dalam fikiran Budiey mesti diorang ni ada sesuatu. Kalau tak kekasih pun, mereka kawan rapat. Mula-mula, Budiey terkejut dan confuse gak la tengok pemain drum hensem nih ada kat anugerah untuk kaki seni. Oh, tak tahu pula kalau mengetuk drum juga adalah satu seni… oh ye la… kan itu salah satu cabang seni muzik jugak…
Korang pernah tonton Kerana Karina musim pertama tak? Budiey dah tengok ke semua episod. Dalam drama berantai ni, Elaine Daily ada berlakon. Dia pegang watak pembantu pengurus sebuah syarikat rakaman yang sangat suka menggoda lelaki. Huhu, terbayang dengan watak licik Elaine tu, Budiey rasa macam karakter yang dilakonkan tu terbawa-bawa ke dunia realiti la pulak. Ada satu adegan tu, Elaine bawa Zizan Nin balik rumah. Kononnya buat helah nak bincang pasal bisnes. Tup-tup sampai aje, Zizan kena goda dan dipujuk untuk berasmaradana dengan Elaine. Nasib baik Zizan Nin menolak. Wah! beriman kental nampaknya watak Zizan nih.
Kembali dengan story Budiey tadi, yang pentingnya, pasangan ini tak segan-segan untuk memperlihatkan kemesraan depan khalayak media yang turut sama ada di situ. Entah-entah diorang berpakat untuk mencetuskan gossip kot.
[tags]elaine daily, gossip elaine, drummer, scandal, artis malaysia, darakula, dewan bestari, gambar, gitu-gitu production, handphone, hantu wedding elaine, gambar elaine daily[/tags]