Dipetik daripada Harian Metro
SEBELUM ini, SS tidak menyebelahi pelakon muda ini kerana bercinta dengan pelakon lelaki yang berstatus suami orang sekaligus menjadi punca keruntuhan rumahtangga mereka. Namun, apabila mendengar segala keperitan yang perlu dilalui pelakon muda ini untuk terus bersama kekasihnya itu sampai hari ini, SS turut berasa simpati dengannya.
Kata rakan SS, pelakon muda ini mengadu kepadanya, dia masih diganggu bekas isteri kekasihnya itu sampai hari ini. Bukan sekadar SMS maki hamun dan kata-kata kesat, pelakon muda ini turut menerima SMS ugutan. Tidak cukup dengan itu, bekas isteri kekasihnya juga turut berusaha memporak-perandakan hubungannya yang semakin rapat akhir-akhir ini. Bermacam cara dan muslihat digunakan.
Namun, kata rakan SS, pelakon muda ini tetap bersabar dengan perilaku bekas isteri kekasihnya itu kerana tidak ingin mengeruhkan keadaan sedia ada sekaligus mempertahankan hubungan yang terjalin dengan kekasih hatinya.
Pada pandangan SS, tindakan berdiam diri pelakon muda itu jalan terbaik untuk mengelakkan perkara menjadi bertambah buruk. Kalau dia turut membalas SMS dengan kata-kata kesat, SS percaya keadaan menjadi lebih teruk lagi kerana SS percaya, berkas isteri kekasihnya itu tidak akan berdiam diri.
Cuma yang SS nasihatkan kepada pelakon muda itu, jika SMS yang diterima berbaur ugutan dan boleh menjejaskan keselamatan dirinya, lebih baik membuat laporan polis bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini pada masa depan.
Pada masa sama, SS harap pelakon wanita ini banyak berdoa kepada tuhan, semoga hubungannya dengan kekasih hati dipermudahkan dan berakhir ke jenjang pelamin. Apatah lagi, hubungan keluarga kedua belah pihak direstui keluarga masing-masing.
Kepada bekas isteri kekasih hati pelakon muda ini, janganlah buang masa dan sempitkan fikiran dengan melakukan perkara bodoh seperti menghantar SMS dengan kata-kata kesat atau ugutan. Terimalah dengan reda jodohnya dengan suami setakat itu saja.
Walau pahit untuk ditelan bahawa rumahtangga dibina dengan begitu bahagia selama ini akhirnya berakhir dengan perceraian. Setiap apa yang diberikan Tuhan itu ada hikmahnya.