Didie Alias Tak Mahu Layan Gosip Dikatakan Punca Konflik Max 24:7 & Aesar Mustaffa
[dropcap]S[/dropcap]emalam, Budiey ada siarkan gossip tentang pengunduran kumpulan Max 24:7 dari pengurusan Aesar Mustaffa gara-gara terpengaruh dengan hasutan orang luar yang memburukkan pengurusan. Apa yang Budiey dengar, antara punca kumpulan yang dianggotai oleh 10 orang anak muda K-Pop ini mahu mengurus sendiri kerjaya mereka adalah setelah berkolaborasi dengan calon Top 5 ABP iaitu Didie Alias dalam sebuah lagu berjudul Ping.
Pada hari ini, Budiey nak siarkan pula kenyataan dari Didie Alias yang menjelaskan beliau tidak mahu melayan gossip-gossip merapu untuk publisiti murahan yang mengatakan beliau menjadi punca Max 24:7 keluar dari pengurusan Aesar. Setakat ini, Didie Alias rasa tak berbaloi untuk layan gossip karut yang sengaja dibuat untuk publisiti murahan.
Namun sekiranya perlu dan gossip ini menjejaskan nama baik serta reputasi, Didie Alias akan buat penjelasan dalam satu sidang media khas untuk membersihkan namanya selepas dituduh menjadi punca konflik antara kumpulan Max 24:7 dengan pihak pengurusan mereka.
Memetik dari berita yang disiarkan di Mstar Online, pemilik nama sebenar Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, dia akan memberikan penjelasan kemudian kerana beranggapan isu tersebut hanyalah satu publisiti murahan yang hendak diraih oleh bekas pengurusan kumpulan itu, Aesar Mustafa.
“Minta maaf saya tidak mahu beri apa-apa komen lanjut mengenai dakwaan ini. Siapa dia (Aesar) untuk saya beri komen mengenai perkara ini? Tunggu saya adakan sidang media nanti.”
Dakwaan terbaharu itu timbul apabila pelawak popular berkenaan dituduh menjadi punca kerana mempengaruhi Max 24:7 berundur daripada pihak pengurusan mereka pada 20 Januari lalu.
Ditanya mengenai dakwaan Aesar bahawa Didie adalah penyebab kumpulan yang ditubuhkannya itu meninggalkan syarikat pengurusannya, pelawak itu berkata, tuduhan itu tidak berbaloi untuk dilayan.
“Saya tidak mahu melayan perkara ini kerana ia tidak berbaloi.”
Dalam pada itu, bekas pengurus Max 24:7, Aesar Mustafa berkata, dia berasa terkilan dan tidak sangka dengan tindakan luar jangkaan 10 anak muda itu yang berundur tanpa alasan kukuh.
“Saya tidak sangka dan terkilan dengan keputusan mereka sedangkan konflik dalaman antara kami sebelum ini sudah diselesaikan, dua minggu lalu. Tiba-tiba seminggu kemudian mereka sebulat suara hendak undur diri dengan alasan mahu menguruskan kerjaya sendiri.”
Aesar berkata, dia percaya keputusan mengejut itu dipengaruhi anasir luar termasuk beberapa individu iaitu pereka fesyen dan pemandu kumpulan itu serta Didie Alias.
Katanya, kumpulan itu mula bertindak berani sejak mereka dan Didie bekerjasama dalam projek lagu terbaharu berjudul Ping.
“Saya tertanya-tanya siapa pula yang hasut mereka sedangkan kita sudah bermaaf-maafan dan selesaikan salah faham dahulu secara baik. Tentu ada unsur-unsur luar yang cuba ‘merampas’ mereka atas kepentingan tertentu walaupun mereka menafikannya.”
Dalam perkembangan lain, Didie Alias baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri Tanggang Ayu.
Kumpulan Max 24:7 dianggap bekas pengurus sebagai lupa diri dan terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mempunyai agenda tertentu.
Aesar terkilan Max 24:7 menarik diri daripada pengurusannya tanpa alasan yang kukuh pada 20 Januari lalu.