in

Gossip Artis Untung Berjuta Tapi Kedekut?

Gossip dari ruangan Soseh-Soseh Harian Metro

Untung juta tapi kedekut

[dropcap]B[/dropcap]arangkali ramai yang terbaca cerita pembabitan artis ini dalam bisnes. Kerajaan kita sendiri memang mengalukan pembabitan golongan muda termasuk artis dalam bidang bisnes yang menawarkan pulangan sebagai jaminan masa depan.

[pullquote align=”right”]Maklumlah, sampai bila artis kita nak berlakon kerana setiap hari ada saja bakat baru yang lebih hebat dan muda mewarnai bidang seni tanah air.[/pullquote]

Apabila mendapat tahu perkembangan bisnes yang diceburi artis ini agak memberangsangkan, rakan SS yang juga wartawan dari meja ekonomi sebuah akhbar tempatan pun berminat menemubual artis ini untuk dipaparkan dalam ruangannya.

Justeru, pertemuan pun diatur rakan SS dengan artis ini di sebuah lokasi di ibu kota, baru-baru ini. Kata rakan SS, artis ini memang bangga dan sangat rancak bercerita perkembangan bisnesnya yang khabarnya berjaya menembusi pasaran hingga ke Dubai.

Wah hebatnya artis itu kerana mampu memasarkan produk tempatan ke luar negara. Rakan SS pun tumpang bangga bila artis itu bercerita mengenai keuntungannya yang berlipat kali ganda dan mencecah jutaan ringgit itu.

Selepas selesai sesi temubual, artis itu pun mengajak rakan SS dan jurugambar untuk makan tengah hari di sebuah restoran berhampiran. Dari gaya artis itu bercakap, pada pandangan rakan SS, pastilah artis itu ingin menjamunya dan jurugambar kerana berminat menulis cerita mengenai bisnesnya itu.

Dengan senang hati, rakan SS pun mengikut sajalah apabila artis itu menempah pelbagai juadah makanan yang lazat di restoran itu. Takkanlah rakan SS nak tolak kalau rezeki sudah depan mata.

Namun, alangkah terkejutnya rakan SS, selepas mereka selesai menjamu selera, artis itu tanpa segan silu meminta rakan SS pula yang menjelaskan semua bil petang itu.

Dengan perasaan bengang, rakan SS terus ke kaunter untuk menjelaskan semua bil sebelum beredar dari restoran berkenaan. Kata rakan SS, dia tidak ingin memanjangkan perkara itu walaupun dalam hati dia cukup serik untuk menemubual artis berkenaan pada masa akan datang.

SS: Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pra Perkahwinan Apex & Leuniey

AIFFA

Anugerah & Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 (AIFFA 2013)