SOSEH SOSEH: Tergamaknya belasah isteri hamil
KEJINYA… Begitulah sikap seorang bintang realiti TV SS yang benar-benar mengejutkan SS. Tak tahulah apa yang SS nak gelarkan dia tapi selepas mendengar sikap dan nafsunya, SS anggap dia macam ‘binatang realiti’!
Dulu dia pernah menyertai sebuah program realiti TV popular dan imejnya nampak kental.
Cerita yang SS dengar, dia bukan saja merampas suami orang tetapi dengan bongkak cakap dia berani nak ambil siapa saja yang dia suka.
Nak dijadikan cerita, satu hari tembelang bintang realiti TV ini dan teman lelakinya itu pecah apabila perbuatan keji mereka sampai kepada pengetahuan isteri teman lelakinya itu.
Biasalah, perempuan mana yang tidak bengang apabila mendapat tahu suaminya main kayu tiga. Lebih menyedihkan, si isteri lelaki itu sedang berbadan dua, jadi sudah tentu sensitifnya akan terlebih lagi.
Dalam satu babak pertengkaran, baru-baru ini lelaki itu sanggup memukul isterinya yang tengah sarat mengandung itu selepas isterinya bertanya kesahihan hubungannya dengan bintang realiti terbabit.
SS difahamkan daripada satu sumber, kejadian itu berlaku di kediaman pasangan itu apabila bintang realiti yang kulit muka tebal itu datang melepak.
Lebih menggemparkan, dengan niat sengaja menyakitkan lagi hati isteri yang sudah remuk dan berkecai itu, pasangan itu dikatakan melakukan perbuatan terkutuk di depan isterinya yang sudah teruk dibelasah!
Lalu, hanya deraian air mata saja mengiringi perlakuan keji dan hina itu. Selepas suami dan bintang realiti itu beredar, wanita hamil itu cuba melarikan diri dan menghubungi keluarga dan rakan terdekatnya.
Namun usahanya melarikan diri berjaya dipatahkan oleh si suami dan bintang realiti itu. Saat itulah wanita itu mula terasa seperti hendak melahirkan anak dan terus dikejarkan ke sebuah hospital.
Kata sumber itu, jururawat di hospital berkenaan juga ada melihat kehadiran bintang realiti itu ke hospital. Apakah wanita malang itu selamat melahirkan anaknya, kesudahan cerita SS belum tahu lagi tapi keluarga wanita yang teraniaya itu dikatakan sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa. Sebak terharu mendengar cerita gempar ini. Sekiranya benarlah apa yang disampaikan kepada SS, harap sangatlah mereka yang bernafsu binatang itu mendapat balasan setimpal.