in

Gossip Artis Mulut Puaka Dibenci Kawan Sendiri

Dengarnya: Harap muka saja cantik

DENGARNYA ada seorang selebriti yang cantik jelita, bengang dengan seorang pelakon wanita yang tak kurang juga cantiknya. Walaupun hatinya bengang, tapi tidaklah sampai dia nak mengganyang mulut jahat pelakon itu.

Nasib baiklah artis A masih ada hati dan perasaan. Kalau dia mengata artis yang mulut puaka, silap-silap hari bulan kena ganyang depan orang ramailah jawabnya. Teringin juga Cik Normah nak tengok adegan tumbuk- menumbuk antara pelakon wanita. Iyalah selama ini tengok dalam drama saja, nak juga tengok adegan sebenar.

Khabarnya artis A memang kecil hati sangat dengan artis B kerana tak habis-habis nak menjaja keburukannya kepada orang ramai. Cik Normah memang dapat tahu daripada rakan-rakan, artis B yang kini hidup solo suka menjaja kisah buruk orang kepada media. Itu dengan media, agaknya dengan rakan-rakannya berbakul-bakul, dia mengumpat.

Harap muka cantik, nampak sopan santun, tapi sebenarnya hampeh belaka! Cik Normah sebenarnya tak kenal sangat artis B ini, tapi rakan Cik Normah yang gebu dan popular itu berkawan rapat dengannya. Tapi dia tak pernah pun bercerita dengan Cik Normah mengenai sikap rakan baiknya itu, tetapi seorang lagi rakan Cik Normah yang sampaikan. Dia tak tahan apabila duduk saja dengan artis B, tak habis-habis dia nak bercerita mengenai keburukan artis A.

Artis A pula meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya kepada seorang lagi teman Cik Normah. Dia memang sedih sangat sebab gara-gara artis B, namanya kembali tercalar. Sedih bukan kepalang hati artis A itu. Tapi sepanjang Cik Normah mengenali artis A, memang dia tak pernah sekali Cik Normah mendengar dia mengata artis-artis lain termasuklah artis B. Hai! tak fahamlah Cik Normah dengan sikap artis kita. Macam manalah industri nak maju kalau ada sikap dengki khianat dalam diri. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inca Medina Anak Malique & Melissa Maureen Genap 1 Tahun

Sekitar Movie Day Out Sensasi Selebriti A Nightmare On Elm Street