Artis comel buang kawan
Dengan siapa pula artis baru tu berkawan?
Manusia ni kan macam-macam perangai ada kan? Ada sorang artis baru tu dia sanggup buang kawan kerana tak mahu timbul cerita yang bukan-bukan.
Macam ini ceritanya… Pelakon baru tu kira menariklah penampilannya. Tapi kalau tersalah solek boleh nampak macam wanita sebab wajahnya yang comel itu. Tapi artis baru itu seorang lelaki sejati. Disahkan lelaki oleh SIRIM ke?
Nak buat macam mana kalau dah dianugerahkan wajah comel kan! Kenalah terima. Si artis baru itu ada seorang kawan lelaki. Mereka ini memang berkawan baik. Tapi entah angin apa yang datang tiba-tiba artis baru itu memberitahu kawannya itu yang dia tidak mahu lagi berkawan.
Terkejut juga kawan dia sebab tiba-tiba tanpa ada apa-apa persengketaan, nak berpatah arang pula. Nak tahu apa alasan pelakon baru tu? Dia kata dia tak mahu berkawan lagi sebab takut digosipkan dengan kawannya itu. Di atakut mereka dikatakan pasangan gay oleh peminat. Boleh macam itu?
Awak tu yang sering disalah anggap, tapi orang lain pula yang dijadikan mangsa. Kesian kawan dia. Tapi nak buat macam mana kalau orang dah tak mahu berkawan, tak apalah.
Artis baru tu masih muda dan belum faham erti kehidupan. Dia sanggup putus kawan sebab tidak mahu menjadi mangsa gosip. Agaknya dia sedar wajahnya yang comel membuatkan orang akan bersangka buruk kalau nampak rapat dengan lelaki walaupun tiada apa yang berlaku di sebalik layar.
Sekarang mereka dah tak berbaik lagi dan membuat hal sendiri. [Manggaonline]