in

Gossip Artis Kuat Melantak

KALAU bercakap bab ‘diva’, tidak ada seorang pun anak seni mampu menandingi takhtanya. Termasuk yang baru ini, hingga ada yang hampir menggelupur dengan kerenahnya ketika menjayakan persembahan di sebuah negeri.

Di premis itu, dia menunjukkan warna sebenarnya yang tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya. Bila nampak seorang teman artis memegang sehelai kain yang cantik, dia terus capai kain itu dan minta artis berkenaan mengambil yang lain.

Walaupun kurang senang diperlakukan seperti itu, teman artis berkenaan terpaksa mengalah, apatah lagi sedia maklum perangai ‘luar biasa’ artis terkenal itu.

Sikap jeliknya tidak berakhir di situ, ketika peserta rombongan lain bersiap-siap ke majlis yang dianjurkan kenamaan negeri berkenaan, dia tidak mahu turut serta dengan memberi macam-macam alasan.

Apabila wakil penganjur menghubunginya dan bertanya kenapa tidak datang ke majlis itu, dengan selamba dia maklumkan kononnya tidak diberitahu. Walhal naik jenuh orang mengingatkannya supaya turut serta. Apatah lagi dia paling popular, ramai kenamaan mahu bertemunya.

Tak lama kemudian dia muncul dengan muka tak bersalah biarpun majlis hampir berakhir. Sudahlah datang lambat, semua makanan yang dihidang nak disebat. Melihat caranya melantak, ramai geleng kepala. Mengalahkan orang tak makan seminggu, tak padan dengan ‘title’ diva yang disandang.

Sikapnya yang suka bermuka-muka itu mengundang rasa rengsa orang sekeliling. Naik penat nak melayan kerenahnya yang macam-macam itu. Itu belum campur lagi kisah sikap kuat cemburunya di hari persembahan.

Dia yang duduk di belakang pentas ‘menggelupur’ bila dengar teman artis menyanyikan lagu secara berduet dengan sebuah kumpulan sebanyak tiga kali.

Dia pertikai kenapa artis itu boleh berduet sedangkan dia yang lebih hebat, tidak boleh.

Walhal, peminat yang minta lagu sama diulang sebanyak tiga kali.

Tidak tahan mendengar omelannya, penganjur terpaksa turutkan permintaannya yang mahu menyanyikan dua lagu duet dengan sebuah kumpulan.

Kalau nak ikutkan, banyak lagi cerita yang boleh CAK dedahkan di sini tapi malas nak berlebih-lebih. Pendek cerita, kerenahnya boleh dibuat satu novel.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Hujan VS Bunkface di KL Life Centre

Sabrina Ali Sah Bercerai