in

Gossip Artis Buaya Darat Tinggal Isteri

CAK: Artis tak peduli isteri

MEMULAKAN karier sebagai penyanyi, artis ini kemudian menceburi bidang lakonan sebelum aktif kembali menyanyi apabila diserapkan menjadi vokalis sebuah kumpulan yang pernah popular pada awal 1990-an.

Bukan soal popular atau tidak yang CAK mahu kupas di sini, tetapi perangai sengalnya yang mula terbongkar dan jadi bualan teman media.

Penyanyi dan pelakon yang sinonim dengan watak komedi ini sudah berkahwin tetapi masih menggatal dengan wanita lain.

Gara-gara tidak tahan perangai buaya daratnya, isterinya membuat pendedahan. Khabarnya sudah empat bulan artis itu tidak pulang ke rumah dan tidak memberi nafkah kepada isterinya.

Puas dicari tetapi tidak bertemu. Naik runsing si isteri memikirkan apa jadi dengan artis itu. Langsung tiada khabar berita dan lebih merimaskan apabila dia mengetahui artis itu mabuk berkasih dengan wanita lain.

Dia tahu artis itu tergila-gilakan pelakon dan penyanyi cantik tetapi bukan wanita itu yang diusung ke sana sini, sebaliknya artis itu bercinta dengan wanita lain.

Dia sedih apabila panggilan yang dibuat kepada suaminya dijawab oleh seorang wanita. Bila ditanya mana suaminya, wanita itu cakap silap nombor. Haiyoo… meroyan dibuatnya.

Sebagai ketua keluarga, sepatutnya artis ini tahu tanggungjawabnya dan menunjukkan teladan baik. Ini tidak, sudahlah main kayu tiga, si isteri yang hamil langsung tidak dipedulikan.

CAK harap artis ini dapat menyelesaikan masalah rumah tangganya secepat mungkin. Sampai bila nak melarikan diri? Perut isteri makin membesar, belajarlah jadi suami yang bertanggungjawab.

Jangan sampai isu ini jadi tajuk besar muka depan akhbar, baru tergedik-gedik cari jalan penyelesaian. Tak pasal-pasal satu Malaya tahu sikap buruk awak!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ziana Zain Mas Idayu Rakaman Raya Mentor 4

Eksklusif Gambar Terbaru Keluarga Erin Malek