in

Gossip Artis Baru Suka Cemburu Berlagak Diva

SUDAH banyak kali CAK dengar komen negatif pengikut setia sebuah program realiti popular yang kurang senang dengan sikap seorang peserta program berkenaan. Mulanya CAK malas nak ambil pusing, maklumlah bila dah namanya pertandingan pasti ada yang suka dan tidak suka.

Baru sebelah kaki masuk dalam industri, sudah nampak sikap divanya. Itu belum campur lagi perlakuannya yang tergedik-gedik dan menyakitkan mata memandang.

Menurut seorang kru, dia memang tidak tahan perangai peserta itu yang suka mengarah dan mahu dilayan lebih daripada teman lain. Pantang tengok orang lain lebih daripadanya, mulalah muncung panjang sedepa.

Orangnya juga kuat cemburu, kalau boleh yang tercantik dan terbaik semua dia punya. Itulah pasal bila disediakan pakaian atau apa saja aksesori, dia akan ambil yang paling cantik dan menarik. Walaupun ditetapkan pakaian untuk peserta lain, kalau sudah berkenan dia akan tetap berkeras mahukan baju itu. Sedia maklum dengan perangainya, peserta lain rela mengalah.

Itu belum cakap lagi bab pujian, jika teman lain menerima pujian daripada tenaga pengajar dia akan sentap dan buat muka. Kalau bercakap pula main sedap mulut saja. Langsung tak fikir perasaan orang sekeliling. Bila ditegur, dengan selamba dia cakap cuma bergurau.

CAK harap sikap cengeng dan pendek akal peserta ini dapat diubah. Apabila berada dalam industri, cabaran yang bakal dihadapi lebih besar, malah persaingan pun sangat sengit. Biar sebagus manapun anda tetapi jika tidak pandai menyesuaikan diri, belum tentu dapat bertahan lama.

Contoh terdahulu sudah ada, hanya beberapa orang yang mampu bertahan, selebihnya tenggelam timbul dan ada juga yang terpaksa pulang ke kampung halaman. Jadi fikir-fikirkanlah dan lihatlah teguran CAK ini dari sudut positif.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Pelawak Terkenal Kaki Mabuk

Gossip Artis Suka Halalkan Yang Haram