in

Gossip Ahmad Idham Jadi Ketua Pengarah FINAS?

Dengarnya…: Ahmad Idham bakal KP FINAS?

MINGGU lalu ketua Cik Normah dihujani pertanyaan mengenai desas desus yang mengatakan pelakon, penerbit dan pengarah, Ahmad Idham akan dilantik sebagai Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menggantikan tempat Mohd Mahyidin Mustakim.

Disebabkan Ketua Pengarah FINAS ini adalah jawatan secara kontrak, maka tugas Mohd Mahyidin dikatakan tamat tidak berapa lama lagi. Sejak itu, ramai yang melobi untuk menjadi Ketua Pengarah FINAS. Bos Cik Normah pun minta Cik Normah memeriksa kesahihan desas desus ini. Iyerlah, ceritanya ini sudah tersebar dalam laman sosial seperti Twiter dan Facebook.

Pihak yang ada kuasa melantik jawatan Ketua Pengarah FINAS adalah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Cik Normah rasa mesti ada pihak yang melobi Dr Rais supaya Ahmad Idham dilantik jadi Ketua Pengarah FINAS.

Cik Normah tidak ada apa-apa kepentingan dalam perkara macam ini. Siapa pun Ketua Pengarah FINAS, memang bukan urusan Cik Normah pun. Cuma perkara ini, kalau betul memang akan menimbulkan kemarahan penggiat industri filem. Ahmad Idham adalah penggiat filem yang masih aktif, malahan dikatakan ketika ini sedang mengarahkan filem. Cik Normah tidak pasti sejauh mana Ahmad Idham boleh bersikap berkecuali dengan mana-mana penggiat industri perfileman.

Sekarang pun, ramai orang industri yang merungut dengan perlantikan David Teo sebagai Ahli Lembaga FINAS. Macam Ahmad Idham, David Teo juga seorang penggiat filem yang masih aktif. Sudah tentu rahsia penggiat filem lain boleh diketahui oleh Ahmad Idham dan David Teo sebab mereka ada akses untuk melihat aktiviti atau laporan kegiatan syarikat perfileman lain.

Jadi, Cik Normah harap sebelum perkara ini menjadi kecoh dan meledak isu besar sampai memening, Dr Rais dapat melihat semula isu perlantikan Ahmad Idham ini.
Bukannya apa, kalau diteruskan juga, takut ada bantahan dari kalangan orang industri dan pada masa Ahmad Idham pun susah nak buat kerja dengan selesa.

Seelok-eloknya carilah calon yang bersesuaian, bebas daripada kepentingan mana-mana pihak.[sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Zizan Raja Lawak Enggan Hadir di Sesi Fotografi

Gossip Pelakon Tambahan Tak Dapat Bayaran