Semalam dalam Metro Ahad telah keluar berita tentang selebriti Indonesia, Acha Septriasa yang dikatakan sedang bercinta dengan seorang kerabat diraja. Tapi menurut pelakon yang sedang belajar di pelajar jurusan filem dan seni layar, Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Cyberjaya, hubungan yang terjalin tidak lebih sebagai kawan.
“Memang kami berkawan tapi tidak ke tahap bercinta,†kata pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Acha Septriasa, 21, mengulas khabar angin dia bercinta dengan seorang kerabat diraja negara ini.
“Soal jodoh bukan kita tentukan. Saya menjalinkan hubungan baik dengan mereka bukan kerana saya bercinta dengan seseorang dalam keluarga itu. Tidak salah berkawan dan mempunyai ramai kenalan. Lagipun, saya sudah memikirkan untuk bergiat aktif dalam industri seni di Malaysia. Jadi, peluang berada di sini saya pergunakan sebaik mungkin dengan meramaikan kenalan dan meluaskan pengalaman.”
Sementara itu, ibu kepada pelakon jelita berkenaan, Rita tidak kisah jika anaknya menemui jodoh dengan jejaka Malaysia termasuk golongan bangsawan.
Menurutnya, pengaruh hiburan yang agak kuat di Jakarta menjadikan gosip dan artis tidak dapat dipisahkan.
“Apa yang pasti, itu semua gosip biasa. Media di Indonesia sangat menyukai gosip. Jadi jika Acha berkawan dengan sesiapa saja lebih-lebih lagi dengan golongan ternama, ia pasti menjadi bahan cerita hangat. Setahu saya, Acha tidak menjalinkan hubungan intim dengan mana-mana golongan bangsawan. Namun jika mereka berkawan, itu perkara biasa kerana dia sendiri mempunyai ramai kawan di sini (Malaysia).
“Begitupun, jika jodohnya ditakdirkan dengan orang di sini, saya merestuinya. Paling penting, seseorang itu haruslah beriman dan dapat membimbing Acha ke jalan yang benar. Buat masa ini dia belum terfikir untuk berkahwin kerana mahu fokus terhadap pelajaran,†katanya.
Tags: gossip Acha Septriasa, Acha Septriasa cinta kerabat, skandal vvip, kursus filem dan seni layar, Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Cyberjaya, selebriti indonesia, gossip artis malaysia, skandal pelajar, sugar daddy ipta