in

Gosip: Suami Pelakon Genit Mahu Minum Arak di AJL23?

Lama betul tak jumpa dengan pelakon drama Saka dan Realiti ini…Juliana Ibrahim nih. Ingat dah menghilang terus selepas berkahwin dengan orang putih. Orangnya kenit dan comel, sentiasa menguntum senyuman mesra, Juliana juga turut melintasi karpet merah AJL23 lalu.

Budiey ada terbaca satu gossip nih yang mengingatkan Budiey dengan Juliana Ibrahim. Apakah ini benar?

Dengarnya…: Suami Artis Genit Bertanya Minuman Arak                                  

LAGI cerita pada malam Anugerah Juara Lagu. Cerita yang ini membuatkan CikNormah terkedu. Kawan Cik Normah, Donna Marcella yang turut menghadirimajlis post party AJL bercerita mengenai kisah suami kepada seorang pelakon genit ini. Mereka baru saja berkahwin dan suaminya mat salih tetapi sudah memeluk Islam. Donna yang terdengar perbualan mereka pun terkejut, inikan pula Cik Normah yang mendengar ceritanya.

Dialog suaminya berbunyi, “Here is the champagne? Terdengar apabila mereka sampai ke majlis post party. Tahulah suaminya itu Mat Salih, tapi kalau sudah berkahwin dengan orang beragama Islam, takkanlah tak ada sensitiviti langsung. Sudahlah datang ke majlis yang rata-ratanya dihadir iorang Melayu dan minuman keras itu memang jelas haram hukumnya dan takpernah dihidangkan pada majlis seumpama itu.
   
Ishhh… kenapa boleh jadi macam tu? Takkan tak reti menghormati budaya orang Melayu. Entahlah, Cik Normah malas nak mengomel panjang kisah ini, tapi memanglah tak wajar suaminya bertanyakan soalan itu. Entahlah, makan pengat sendiri mahu ingatlah. Harap saja muka suaminya kacak tapi bertanya soalan yang bolehmenimbulkan tanda tanya.

Pelakon itu harus sedar apabila berkahwin dengan orang bukan Islam, maka tanggungjawab besar untuknya membimbing suami ke jalan yang diredai Tuhan. Jangan pula si pelakon itu pula yang terikut-ikut budaya dan gaya hidup Barat si suaminya. Bukan bermaksud Cik Normah nak menghentam kerana kubur kita masing-masing. Cuma selagi boleh nasihat, Cik Normah tergerak hati untuk memberi kesedaran.

Romantiknya

Happy melambangkan satu kepuasan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kahwin Pelakon Kisah Kaisara Sari Yanti & Mohd Eddy Casmady

Ako Mustapha Dikenakan Waran Tangkap