Agak-agak, siapa pelakon yang dimaksudkan?
—
INI ada satu lagi cerita yang tak kurang panasnya singgah di telinga Cik Normah iaitu mengenai dilema seorang penyanyi dan pelakon cantik.
Cik Normah dengar dia kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan ibu yang amat disayanginya. Hah! jangan salah anggap, dia keluar dari rumah bukan kerana hubungan dengan ibu kesayangan berantakan. Setahu Cik Normah, penyanyi dan pelakon muda berbakat besar itu amat sayangkan ibunya yang menjadi nadi kepada kehidupannya.
Daripada sumber yang Cik Normah dapat, dia keluar dari rumah keluarganya dan kini tinggal bersama ibu saudaranya kerana kurang selesa dengan kehadiran suami baru ibunya.
Dia pun bukannya ada masalah dengan lelaki yang bergelar bapa tirinya itu, memandangkan umur dia dan bapa tirinya yang lebih kurang sebaya. Cuma penyanyi dan pelakon ini berasa kurang selesa apabila berada di rumah. Dia jadi segan dan tidak senang duduk apabila berada di rumah.
Walaupun lelaki itu sudah bergelar ayah tirinya tetapi kalau Cik Normah jadi dia pun, Cik Normah terasa segan juga, seakan-akan segala gerak geri kita diperhatikan. Nak pakai itu ini di rumah pun tak boleh, sebab ada orang yang masih asing dalam hidup kita.
Oleh kerana nak menjalani kehidupan seperti biasa, artis itu pun mengambil keputusan keluar dari rumah dan tinggal di rumah lain. Kasihan juga Cik Normah dengar cerita artis muda dan cantik ini, gara-gara kehadiran orang ketiga, dia terpaksa berpisah dengan ibu tercinta. [sumber]