Menerusi perkongsian di Twitter, netizen itu turut mempersoalkan sama ada isteri pertama kepada ahli politik berkenaan tahu tentang perkara itu atau tidak.
Gosip Erra Fazira kahwin telah disiarkan di halaman forum terkenal dan juga beberapa portal hiburan tanahair dan mendapat respon dan macam-macam komen daripada peminat dan netizen. Gosip ini menjejaskan sedikit masa netizen untuk balik kampung setelah kerajaan mengumumkan kebenaran untuk rentas negeri. Tak pasal-pasal netizen kena kerja lebih masa untuk mencari kesahihan betul ke tidak berita ini. Aduyai. kesian kat netizen Malaysia bukan?
Berita gosip panas seperti ini, artis kahwin dengan ahli politik sebenarnya bukan sesuatu yang baharu. Sebelum ini pun dah banyak artis Malaysia telah digosipkan telah berkahwin dengan ahli politik. Akan tetapi sebenarnya berita palsu itu disebarkan adalah untuk main-main dan juga ada tujuan lain. Mungkin ada udang sebalik batu. Atau mungkin sekadar untuk memberikan sedikit bahan untuk media menulis tentang artis berkenaan. Sebelum ini, berita seperti ini pernah melanda hidup Nora Ariffin. Namun, ianya telah dinafikan sendiri oleh Nora.
Mungkin kali ini giliran Erra Fazira pula akan buat pengumuman samada dia nak nafikan atau mungkin dia akan umumkan sesuatu yang mengejutkan. Sama-sama kita nantikan ya.
Perkongsian netizen itu ternyata mengejutkan ramai serta bertanyakan dari mana mendapat khabar angin tersebut serta mempersoalkan kesahihan dakwaan berkenaan. Bagaimanapun itu hanya dakwaan netizen, tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai dakwaan bertebaran itu.
Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.
Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 12 tahun.