in

Gosip Artis Isteri Tua Makan Hati

KISAH orang bermadu kadangkala kelakar pun ada. Apatah lagi kalau isteri muda si suaminya cantik dan bertaraf selebriti popular, maka selalu pula ada terpampang gambarnya dalam akhbar dan majalah.

Apatah lagi dah nak dekat raya ni, lagi banyak gambar si isteri muda itu akan dirakamkan bersama si suami. Bertambah rawanlah hati isteri tua.

Walaupun sudah berkongsi kasih dengan madu baru, khabarnya isteri tua tadi mahu ‘membalas dendam’ dan sedang mencari jalan untuk mengatasi kelebihan dan populariti isteri muda. Namun, tentulah tidak logik kalau tiba-tiba isteri tua pula tiba-tiba hendak menceburi dunia lakonan dan beraksi depan kamera. Sanggupkah isteri tua tadi yang sekian lama hidup senang lenang tiba-tiba kena berpanas dan berhujan di lokasi penggambaran? Nanti nampak pula macam ‘desperado’ dan terlalu mencuba.

Jadi caranya, si isteri kena pasang strategi lain. Lalu dia kini sedang berusaha mencari jalan untuk memintas populariti isteri muda itu dengan menjadi produser filem pula. Kelas gitu.

Maklumlah sebagai orang yang banyak duit, isteri tua terbabit tiada masalah untuk membuka syarikat produksi. Bajetnya tentu macam belacan di hujung kuku agaknya.

Kalau suami mereka tahu pun, apa yang dia boleh buat. Lagipun takkan tergamak suami mereka hendak membantah hasrat isteri tua itu kerana dia sudah melukakan hatinya. Kalau nak dapat pucuk muda, kenalah dia restu hajat isteri tua untuk menjadi produser filem pula.

Daripada cerita rakan rapat SS, isteri tua khabarnya sudah pun dapat skrip yang sesuai untuk menerbitkan drama buat permulaan. Filem belum lagi kot. Tak tahulah pula SS drama itu kisahnya tentang apa. Jangan pula pasal perang madu sudahlah. SS nak tengok nanti, siapa akan caras siapa.

Apapun inilah yang dikatakan sandiwara hidup. SS juga dapat tahu, isteri tua itu bukan bermadu seorang tetapi tiga. Macam cerita P Ramlee pulak.

SS harap semua mereka akan hidup aman damai. Dalam hal ini, SS tabik dengan sikap pengacara, pelakon, dan penyanyi Salih Yaacob yang sangat pandai menyusun jadual untuk semua isterinya. Rasanya Salih boleh buat bengkel bagaimana hendak hidup berpoligami.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Artis Ada Suami Tapi Ada Teman Istimewa

Gossip Pelakon Hantar SMS I Love You