Pengganti kepada GoPro Hero 9 Black sudah pun dilancarkan. Nah! Pasti ramai yang nak tahu apakah bezanya dengan keluaran sebelum ni kan? Adakah produk ini mencabar produk kamera aksi yang selainnya yang ada di pasaran?
Walau rupa paras daripada luar masih sama, dalamnya menerima naik taraf. Bukan sahaja nyata lebih baik berbanding dengan Hero 9 Black, malah dikatakan dapat menandingi dengan kamera aksi lain yang ada dalam pasaran setakat ini dalam kelasnya.
Kamera aksi tahan lasak ini dilengkapi sensor sebesar 23MP yang mampu merakam video sehingga resolusi 5.3K 60FPS atau 4K 120FPS yang lebih praktikal bagi kebanyakan pengguna.
Kesemuanya dimungkinkan dengan penggunaan sensor pengimejan GP2 untuk menggantikan GP1 yang sudah berusia. GP1 sudah digunakan sejak Hero 7 (2018). GP2 kini memberikan lebih banyak kuasa kuda yang yang boleh digunakan Hero 10 untuk bekerja. Pada sudut resolusi rakaman, kita bercerita tentang 5.3K pada 60fps dan 240fps hingga 2.7k dan rakaman gambar pegun pada 23MP. Hebat bukan?
Tak terhenti di situ, daripada sudut firmware, mereka menambah baik segala yang sedia ada di edisi sebelumnya seperti:
- HyperSmooth 4.0
- TimeWarp 3.0
- Mode webcam sehingga 1080p
- Had Horizon Leveling Tilt dipertingkat kepada 45 darjah dalam mode 4K60, 2.7K120 dan 1080p120
- Paparan hadapan lebih responsive dan tinggi refresh rate.
Penambahbaikan turut diberikan kepada cip pemprosesan imej GP2 yang mampu menawarkan mod rakaman video lebih tinggi tetapi juga memastikan operasi kamera terasa lebih lancar. Bagi memastikan video aksi yang dirakam adalah stabil, sistem penstabilan HyperSmooth 4.0 digunakan. Menurut GoPro sistem ini mampu menstabilkan imej walaupun tubuh kamera disendengkan sehingga 45 darjah yang merupakan peningkatan dari sehingga 27 darjah pada sistem HyperSmooth sebelum ini.
Bagi mereka yang ingin melakukan penstriman langsung. Hero10 Black boleh menyokong sehingga resolusi 1080P. Ciri lain menarik yang boleh diakses ialah kawalan menggunakan arahan suara, skrin sesentuh, dan kemampuan kalis air sehingga kedalaman 10 meter.
Bagi mereka yang memiliki Hero9 sebelum ini, kesemua aksesori dari model terdahulu boleh digunakan semula pada Hero10 Black. Ini menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli aksesori baharu. GoPro turut menawarkan ciri menyimpan video ke awanan ketika kamera sedang dicaj dengan yuran bulanan $5 atau $50 setahun. Pemindahan data dari kamera ke telefon pintar juga lebih pantas sehingga 30%. GoPro Hero10 Black dijual pada harga $499 (~RM2075) sebuah.
GoPro Hero 10 Black akan mula dijual penghujung September 2021 di kedai-kedai terpilih seluruh Malaysia pada harga RM2,399.
Sumber: Amanz