Telefon tersebut kali ini bukan sahaja berstatus “flagship” dan premium tetapi ia merupakan satu batu loncatan terhadap Google. Hal ini kerana siri Pixel 6 ini tampil dengan cip pemproses tersendiri, rekaan diberi nafas baharu, hadir dengan fungsi-fungsi menarik, harga memikat dan paling penting adalah kameranya.
Kedua-dua telefon tersebut dikuasakan cip pemproses 5nm 2x 2.8GHz teras Cortex X1, 2x 2.5GHz teras A78 dan 4x 1.8GHz teras A55 bersama cip keselamatan Titan M2 yang akan melindungi gambar, teks serta data sensitif. Sementara ia menggunakan grafik ARM Mali-G78 GPU.
Pixel 6 Pro
Model Pro ini dilengkapi skrin sebesar 6.7 inciyang dilindungi kaca Gorilla Glass Victus beresolusi 1440p berpanelkan LTPO OLED dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.
Bersama-samanya juga dipadankan memori sebesar 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Bekalan bateri diberikan sebanyak 5000mAh dengan kelajuan mengecas berwayar 30W, tanpa wayar 23W dan pengecasan berbalik atau dipanggil battery share 12W.
Pixel 6
Bagi model standard Pixel 6, tidak banyak perbezaan berbanding model Pro. Telefon ini mempunyai skrin 6.4 inci yang dilindungi Gorilla Glass Victus beresolusi FHD+ berpanelkan OLED dan juga kadar segar semula 90Hz.
Konfigurasi memori adalah hanya 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Bersama-samanya hadir dengan bekalan kuasa 4600mAhdan pengecasan berwayar 30W, 21W tanpa wayar dan 12W berbalik.
Dari segi kamera, ia masih sama, iaitu 50MPutama, 12MP ultra-lebar dan 12MP untuk swafoto. Bermakna, model ini tiada lensa telefoto seperti yang ada pada Pixel 6 Pro.
Lain-lain turut sama seperti pengimbas cap jari di dalam skrin, penarafan IP68, WiFi 6, rangkaian 5G, dwi-SIM, pembesar suara stereo dan menjalankan Android 12 tetapi tiada cip UWB.
Pengguna boleh memilih warna Stormy Black, Kinda Coral dan juga Sorta Seafoam.
Fungsi Kamera
Pixel 6 dan Pixel 6 Pro mempunyai ciri-ciri kamera baharu bagi memudahkan pengalaman mengambil gambar. Ia adalah seperti Magic Eraser, Face Unblur, mod potret dan juga mod motion.
Magic Eraser menawarkan pengguna untuk membuang subjek yang tidak diingini dalam gambar atau Google menggelarnya “photobombs”.
Sementara Face Unblur menggunakan algoritma yang akan memberikan ketajaman pada wajah sekiranya kamera hilang fokus dan mod Motionpula untuk memberikan kesan khas, seperti yang didedahkan dalam laporan sebelum ini.
Harga Jualan
Kedua-dua telefon baharu Pixel 6 ini akan menerima kemas kini sistem keselamatan sehingga 5 tahun dan harga yang ditawarkan agak menarik.
Pixel 6 diletakkan pada tanda harga bermula USD599(~RM2488). Sementara Pixel 6 Pro pula bermula USD899 (~RM3734).
Pra-tempah sudah pun bermula hari ini dan dijangka akan dijual secara rasmi pada 28 Oktober ini. Seperti biasa, pasaran Asia Pasifik ini masih belum tersedia untuk peminat di Malaysia.
Sumber: Wiser