Seperti ramai sedia maklum, pada PRU15 kali ini, lebih 5.8 juta pengundi baharu, termasuk 1.2 juta yang berusia antara 18 dan 20 tahun, akan keluar mengundi buat kali pertama. Dengan laman sehenti ini, Google memudahkan lagi proses pemahaman berkenaan proses mengundi, dan pada masa yang sama mengenali lebih lanjut berkenaan parti politik.
Disamping itu, Google juga turut mendidik kaedah menangani maklumat tidak sahih yang sering tersebar ketika pilihanraya – sekaligus menjadikan pengguna lebih bijak lagi.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Undi Negaraku hari ini, dan terus menambah ilmu dan memahami lanjut berkenaan proses demokrasi yang diadakah hampir lima tahun sekali ini.