in ,

Google Lancar Hub Ramadan Google 2014

Google mempunyai banyak kaedah dan aplikasi yang dapat membantu anda di bulan Ramadan ini. Hari ini, Google melancarkan hub Ramadan www.google.com/ramadan untuk membantu anda dan keluarga merancang dan menikmati bulan puasa yang mulia pada tahun ini.

Google membantu anda merancang bersama, berkumpul bersama, makan bersama dan menikmati bersama di bulan Ramadan
Kuala Lumpur Jun 30, 2014 – Rasai pengalaman bagaimana Google dapat membantu anda dan keluarga merancang dan menikmati bulan puasa yang mulia pada tahun ini dengan Google.com/Ramadan. Dari di mana dan bila untuk berbuka, bagaimana untuk pulang berhari raya, dan bagaimana untuk berhubung dengan keluarga di luar negara, Google membolehkan anda menghabiskan waktu maksimum membuat perkara­perkara dengan orang tersayang.

“Sama ada menyediakan peringatan jadual solat setiap hari, mencari laluan terbaik untuk balik kampung atau mencari resipi terbaik untuk berbuka secara dalam talian, Google mempunyai banyak kaedah dan aplikasi yang dapat membantu anda di bulan Ramadan ini,’’ kata Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia.

Rancang Bersama
Jangan bimbang mengenai ketinggalan waktu solat lagi. Anda hanya perlu jadualkan waktu solat terlebih dahulu dengan Google Calendar dan anda akan terus menerima peringatan di telefon. Anda juga boleh membuat jadual acara dengan yang tersayang melalui Google Calendar. Entri juga diselaraskan dengan Google Now.

Ramadan hub juga boleh menunjukkan bila bulan keluar, matahari terbit dan matahari terbenam berdasarkan lokasi anda.

Google Keep seperti nota tampalan untuk telefon anda ­ anda boleh mengambil nota menggunakan teks atau suara mahupun gambar.

Berkumpul Bersama
Bagi mereka yang ingin pulang ke rumah tepat pada waktu solat, laluan dan trafik adalah masalah utama. Google Maps boleh menunjukkan arah dan waktu berdasarkan keadaan trafik semasa.

Makan Bersama
Untuk mereka yang merancang juadah berbuka pula, selalunya menentukan makanan yang terbaik untuk berbuka amat memeningkan. YouTube merupakan sumber terbaik untuk inspirasi dan cara­cara penyediaan, dalam usaha menjadikan iftar waktu berkumpul yang istimewa.

‘Playlists’ membolehkan anda merancang menu keseluruhan bagi memudahkan anda menonton tanpa gangguan.

Menikmati Bersama
Dengan banyak memori tercipta sepanjang bulan, ia merupakan sesuatu yang sukar untuk menjejak semua gambar yang diambil. Google Photos membantu anda menyusun dan menceritakan kisah Ramadan anda secara automatik.

Kisah yang diceritakan melalui gambar­gambar dari percutian keluarga mengikut susunan dan disertakan dengan kapsyen dan lokasi. Keunikan ‘Auto Awesome’ dapat mengubah atau membetulkan gambar secara automatik dan dapat digunakan untuk ‘photobursts’.

“Ramadan boleh menjadi waktu paling sibuk, terutama kepada mereka yang mempunyai komitmen profesional dan keluarga. Ramadan dengan Google hub menunjukkan jalan pintas untuk tip­tip bermanfaat bagaimana untuk menggunakan kemudahan percuma Google untuk membantu rakyat Malaysia terutama di bulan Ramadan ini.”

Mengenai Google Inc.
Google merupakan peneraju teknologi global dengan fokus untuk menambahbaik cara orang ramai berhubung dengan maklumat. Inovasi Google dalam carian laman sesawang dan pengiklanan telah menjadikan laman webnya sebagai terbaik di Internet dan jenamanya merupakan salah satu yang terkenal di dunia. Google adalah tanda dagangan Google Inc. Syarikat­syarikat lain dan jenama produk mungkin diberikan tanda dagangan syarikat­syarikat yang berkaitan mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Amy Search Live in Singapore

Gambar Menarik Sekitar MTV SESSIONS: GUY SEBASTIAN