in , ,

Giliran Shuk Bolot RM10,000 di Minggu Kedua BBB2019

Percubaan berani membawa pelakon bukan pelawak, Wan Sharmila membawa tuah apabila Shuk meraih RM10, 000 di minggu kedua BBB2019. Tahniah buat Shuk! Jom baca apa yang berlaku di minggu kedua!

Pujian telah diberikan oleh kedua juri tetap iaitu Saiful Apek dan Mark Adam yang bersetuju gandingan mereka berdua amat serasi, pengisian sketsa juga lancar dan dramatik! Pemilihan lagu Dinda dan Du Ddu Du Ddu juga sesuai mengikut sketsa yang mengisahkan sikap keterlaluan seorang isteri yang mengongkong dan berprasangka jahat pada suami atau “Queen control”.  

Minggu Kedua BBB2019

Selain Shuk, persembahan Sharif Zero juga mendapat pujian juri Bintang Bersama Bintang. Menurut Mark Adam,  Sharif semakin faham dengan konsep BBB2019. Sharif dan teman jemputannya, adik Wafiy juga memilih lagu, latar belakang yang tepat dengan sketsa mereka mengenai kehidupan pelaut di Sabah.  Walaupun menggunakan dialek negeri sabah, orang ramai memahami apa yang ingin disampaikan dan terhibur dengan persembahan mereka. 

Eksperimen Shuk Menjadi! 

Persembahan Achey selaku penyandang juara minggu pertama dan pasangannya, Wan Gegau dilihat kurang menyengat daripada minggu lalu mungkin kerana pemilihan lagu yang tidak tepat. 

Dua lagi peserta Mamak Puteh yang bergandingan dengan Zahid tidak kurang hebatnya. Persembahan mereka dengan lagu Cek Mek Molek turut menghiburkan. Chiwan pula tampil berani bergandingan dengan Pasya Mentor 7. Walaupun kurang menyengat, percubaan Chiwan dan Pasya patut diberi pujian. 

Memilih selebriti yang bukan dalam bidang lawak seperti Wan Sharmila, adik Wafiy dan Pasya Mentor 7 menandakan peserta BBB2019 berani untuk bereksperimentasi dan mencabar kebolehan mereka untuk membuatkan penonton terhibur dengan sketsa mereka.  

Peserta juga dilihat tidak hanya berlawak kosong dalam sketsa yang berdurasi empat minit beserta lagu dua minit. Kesemua mereka  bijak menggunakan isu-isu yang tular dan menyelitkan  mesej-mesej positif dalam lawak mereka.

Minggu Kedua BBB2019

BBB 2019 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral ini dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Haziq selaku hos di belakang pentas. BBB 2019 juga dibawakan oleh penaja bersama KFC dan juga OPPO.

Pelawak dinilai oleh juri tetap yang mewakili 60% markah manakala 40% markah lagi adalah menerusi undian penonton di www.xtra.com.my/BBB2019

Minggu Kedua BBB2019

Saksikan juga Komik BBB201 untuk  mengikuti perkembangan dan mengetahui aktiviti di sebalik tabir para peserta BBB 2019 melalui setiap Ahad jam 6.00 petang di TV3. BBB 2019 juga dapat disaksikan secara langsung di laman Youtube TV3Malaysia dan portal video tonton di www.tonton.com.my. Ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube danInstagram TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai BBB 2019 dan jangan lupa hangatkan perbualan anda di laman sosial dengan #BBB2019!

Minggu Kedua BBB2019
Minggu Kedua BBB2019
Minggu Kedua BBB2019
Minggu Kedua BBB2019
Minggu Kedua BBB2019

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kini Daniel Radcliffe Tidak Mengejar Glamor Filem Blockbuster Tapi…

Sungguh Jelita! Ini Gambar Kekasih Pereka Fesyen Rizman