Selepas rumors mengenai salah seorang anggota kumpulan BLACKPINK, Rose akan mengeluarkan single solo, pihak pengurusan mereka mengesahkan berita tersebut. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh YG Entertainment, Rose telah selesai menjalani penggambaran muzik video lagu solo terbaharunya. Dikhabarkan, single tersebut bakal dilancarkan pada Mac ini.
Dalam perkembangan lain, seorang lagi anggota BLACKPINK, Lisa juga akan mengikuti jejak langkah rakan-rakannya untuk tampil dengan single solo. Manakala Jiso kini semakin aktif dalam bidang lakonan termasuklah membintangi drama terbaharu berjudul Snowdrop yang sedang dalam penggambaran.
Sekadar info, Jennie merupakan anggota pertama BLACKPINK yang tampil dengan single berjudul Solo pada 2018. Sehingga kini, video muzik berkenaan telah mendapat lebih dari 615 juta tontonan sejak dilancarkan di laman YouTube.
Ramai peminat-peminat Rose di serata dunia teruja dan tidak sabar menantikan hari pelancaran itu nanti.
Mampukah Rose mencapai kejayaan yang sama seperti rakannya Jennie yang meledak dengan single Solo sehingga mencapai jumlah tontonan 600 juta di YouTube?
Sama-sama kita nantikan single terbaru dari Rose!