in ,

Giliran Nana Mahazan Pula Berhijab, Syukur Hidayah Sampai Awal

Penyanyi dan juga pengacara, Nana Mahazan dilihat tampil dengan imej berhijab menerusi sebuah video berdurasi 30 minit yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Penampilan penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan menerusi satu perkongsian video di Instagram sebentar tadi menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil berhijab. Nana mengakui dia masih lagi belajar menyesuaikan diri dengan penampilan baharunya itu.

Nana berkata dia tidak bersedia untuk berkongsi lebih lanjut apabila ditanya oleh netizen mengenai perkara itu.

“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya (penampilan bertudung). Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apapun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya.

“Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya,”

– Nana Mahazan
Giliran Nana Mahazan Pula Berhijab, Syukur Hidayah Sampai Awal

“Hari Ini, Sebelum Asar Dan Hujan Turun Dengan Lebatnya…,” 

– NANA MAHAZAN

Menurut Nana, dia percaya sesuatu perubahan itu tidak akan terjadi sebelum tiba masanya dan meluahkan rasa syukur diberikan hidayah awal.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana hidayah ini sampai awal. Tapi, sejujurnya sebagai manusia biasa ia perlukan masa dan inilah harinya.

“Sekali lagi, saya mohon doakan yang terbaik untuk saya dan terima saya seadanya. Apapun, saya masih Nana yang dulu dan insya-Allah saya akan buat yang lebih baik lagi,”

– Nana Mahazan

Sementara itu, suaminya, Mohammad Raqeem Brian Abdullah berkata dia tidak pernah mendesak isterinya untuk berubah penampilan bertudung dan memberi ruang kepada Nana untuk bersedia.

“Bagi saya, asalkan Nana sendiri dah bersedia nak memakai tudung, saya okay saja untuk terus memberi sokongan. Alhamdulillah, sekarang dia sudah pun memakai tudung dengan rela hati,”

– Nana Mahazan

Semalam,pelakon Izara Aishah, Siti Elizad dan pelawak Vicha Saywho membuat keputusan untuk berhijrah apabila tampil berhijab.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malu Anak-Anak Semua Bertudung, Vicha Saywho Nekad Berhijab

Mila Jirin Menangis Sebak Dengar Berita Perdana Menteri Akan Letak Jawatan