Nampaknya semarak bakat-bakat muzik Malaysia terus mendunia dan memahat nama di persada antarabangsa. Terkini, penyanyi muda Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin yang lebih popular dikenali sebagai Iman Troye menjadi artis Malaysia berhijab ketiga untuk muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.
Penampilan Iman yang mewakili negara Malaysia pada papan iklan terkenal itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify. EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.
Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara. Iman Troye merupakan wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura. Terdapat juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau the “best” EQUAL Global Playlist yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.
“Alhamdulillah, Saya sangat bersyukur atas penghormatan ini. Ia satu kejayaan yang besar buat saya yang masih agak baru dalam industri muzik tempatan, apatah lagi sebagai seorang penyanyi wanita Malaysia yang berhijab. Saya harap saya akan dapat terus memenuhi harapan para peminat dan berterima kasih atas segala doa dan sokongan yang tidak pernah padam daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat saya,” jelas Iman penuh teruja selepas mendengar khabar ini.
Iman Troye mula mencuri perhatian rakyat Malaysia selepas membuat banyak rakaman nyanyian semula atau ‘cover’ lagu-lagu popular artis tempatan yang telah menggegar ruang media sosial secara mengejut.
Dia kemudian mencipta fenomena tersendiri lewat lagu ‘Teman’ yang sehingga kini telah meraih 45 juta tontonan di laman YouTube. Lagu Hari Rayanya ‘Pejam Celik Hari Raya’ juga telah mendapat tontonan sebanyak 11 juta sejak dilancarkan Aidilfitri lalu.
Berbekalkan suara yang unik dan penampilan yang comel dan menawan Iman terus mencuri perhatian peminat muzik tempatan dan kini tampil dengan lagu baharu bejudul Nang yang sudah pun mendapat lebih dua juta tontonan sejak dilancarkan beberapa minggu lalu.
Iman Troye merupakan artis Malaysia keempat yang ditampilkan di papan iklan New York Times Square selepas Yuna, Layla Sania, dan juga DOLLA September lalu.
Mengenai Universal Music Malaysia
Universal Music Malaysia adalah pengembangan kepada Universal Music Group dan merupakan rumah bagi artis, label dan jenama berpengaruh paling ikonik dalam industri ini. Kami adalah syarikat muzik terkemuka di dunia. Dalam semua yang kami lakukan, kami komited untuk seni, inovasi dan keusahawanan. Kami memiliki dan mengoperasikan berbagai macam bisnis yang terlibat dalam musik rekaman, penerbitan musik, merchandising, dan konten audiovisual secara lokal, regional dan global.
MENGENAI SPOTIFY
Spotify mengubah penstriman muzik selama-lamanya apabila ia dilancarkan pada tahun 2008. Misi kami adalah untuk membuka kunci potensi kreativiti manusia dengan memberi peluang kepada jutaan artis untuk menghidupkan seni mereka dan berbilion peminat peluang untuk menikmati dan diinspirasikan oleh penggiat-penggiat seni tersebut. Semua yang kita lakukan adalah didorong oleh minat kita terhadap muzik.
Teroka, susun dan kongsi lebih 70 juta lagu, termasuk lebih 3.2 juta tajuk podcast, secara percuma atau naik taraf kepada Spotify Premium untuk mengakses konten eksklusif termasuk kualiti bunyi yang dipertingkatkan dan pengalaman mendengar atas permintaan, tanpa talian dan iklan.
Hari ini, kami ialah perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia dengan komuniti lebih daripada 381 juta pengguna, termasuk 172 juta pelanggan Spotify Premium, merentasi 178 pasaran. Kami juga merupakan pemacu pendapatan terbesar kepada perniagaan muzik hari ini.