Lama betul tak dengar khabar Anzalna Nasir yang kini sibuk jadi suri rumah menguruskan keluarganya selepas melahirkan anak pertama. Namun begitu, Anzalna tetap tidak lokek berkongsi aktiviti harian di media sosial miliknya untuk tatapan buat para peminat.
Sambut Hari Lahir Suami
Dalam posting terbaru Anzalna Nasir telah menyambut hari ulang tahun suaminya, Hanif Zaki bersama ahli keluarga.
Anzalna Nasir juga memberikan ucapan yang cukup romantis buat suaminya dan sempat memaklumkan akan ada banyak kejutan buat Hanif.
Kejutan Istimewa Buat Suami
Dalam satu lagi perkongsian, Anzalna Nasir telah membuat kejutan buat suami apabila tampil berhijab. Hanif yang dilihat terkejut dengan penampilan terkini isterinya terus memeluk dan mencium pelakon tersebut bersama anak mereka.
Penampilan Anzalna Nasir yang berhijab telah menarik perhatian ramai terutama sekali peminat dan rakan-rakan artis.
Semoga Terus Istiqomah
Menerusi posting tersebut, Anzalna Nasir telah menulis kapsyen ringkas dengan berharap agar penampilannya terus istiqomah dan sekali lagi mengucapkan selamat hari lahir buat suaminya.
“Salam Jumaat,” tulisnya ringkas pada caption gambar tersebut.
Sememangnya, perubahan yang dibawa oleh Anzalna merupakan hadiah cukup istimewa untuk Hanif.
Netizen Ucap Syukur
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata kenalan dan juga warganet telah mengucapkan syukur apabila melihat pelakon drama Dendam Aurora itu kini berhijab. Mereka rasa gembira menerusi komen-komen yang diberikan terhadap perubahan yang dilakukan itu.
Mereka turut memuji penampilan Anzalna yang dilihat kian berseri serta sempat mengucapkan selamat hari lahir buat Hanif.