in

Giliran Akmar Meninggalkan Ceria Popstar

[dropcap]K[/dropcap]onsert kali ini dilihat berbeza apabila penampilan dan gaya persembahan para peserta nyata berubah seiring dengan tema yang diketengahkan iaitu ‘Ceria Rockstar’ pada konsert minggu keempat program Ceria Popstar yang bersiaran pada hari Ahad, 2 Jun 2013 jam 11.30 pagi.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin berkata, “Kami sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menonjolkan bakat kanak-kanak ini dalam pelbagai bentuk persembahan. Tema yang dipilih pada minggu ini juga dilihat menguji kebolehan para peserta untuk tampil berbeza dan lari daripada persepsi orang ramai yang kebanyakannya beranggapan lagu rock hanya untuk orang dewasa.

Ternyata persembahan yang ditampilkan oleh kesemua para peserta sangat membanggakan apabila mereka sekali lagi berjaya membawakan lagu rock yang menjadi tema minggu ini. Kemampuan mereka untuk membawakan apa sahaja lagu mengikut tema berbeza yang diberikan setiap minggu membuktikan bakat mereka yang serba boleh ini tidak boleh dipandang ringan. Kami juga berharap para penggiat seni suara di luar sana dapat membuka mata dan mengiktiraf pelapis muda yang kami ketengahkan ini”.

Tema bagi konsert minggu keempat ini ialah ‘CERIA ROCKSTAR’ dimana kesemua tujuh Bintang Ceria Popstar dikehendaki menyanyikan lagu-lagu rock atau lagu-lagu yang telah diberi nafas rock. Juri jemputan untuk minggu ini diterbangkan jauh dari Indonesia, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Sayang’ iaitu Shae. Bukan itu sahaja, Shae turut menghiburkan para penonton dengan membuat 2 persembahan istimewa apabila menyanyikan lagu ‘Sayang’ dan ‘Telefon’ dalam episod kali ini.

Pentas Ceria Popstar dibuka oleh Hairul dan Leen yang menyanyikan lagu ‘Ku Merindu’ dari Ella. Diikuti oleh Razmil yang memberikan persembahan bertenaga melalui lagu ‘Drama King’ dari Meet Uncle Hussein. Vision Mate membuatkan penonton dan juri tergamam apabila memberi nafas baru untuk lagu ‘Itu Kamu’ dari Estranged. Manakala, Trisya memberi gaya rock comel dengan menyanyikan lagu ‘Price Tag’ dari Jessie J.

Akmar memberi sentuhan kreatif apabila mempersembahkan lagunya, ‘8 Hari Seminggu’ dari Syuga. Flower Queen membuktikan kebolehan vokal mereka melalui persembahan yang mantap dengan menyanyikan lagu ‘Idola’ dari Azlan & The Typewritter. Pentas Ceria Popstar terus dihangatkan oleh Wafi yang berjaya memikat hati para juri dan penonton melalui gaya persembahannya apabila menyanyikan lagu ‘Situasi’ dari BUNKFACE.

Konsert Ceria Popstar minggu keempat menjadi titik noktah buat Akmar di dalam program ini apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu ini.

Jangan lupa untuk terus menyaksikan Ceria POPSTAR pada setiap hari Ahad bermula 5 Mei 2013, jam 11.30 pagi hanya di Astro Ceria (saluran 611). Untuk Kita Aje!

Giliran Akmar meninggalkan Ceria Popstar

Giliran Akmar meninggalkan Ceria Popstar

Giliran Akmar meninggalkan Ceria Popstar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hilton Celebrates Completion of RM50 Million Dollar Refurbishment

Mila Jirin Aktif Dengan Kempen Get Naked with Dermalogica