in ,

GILA GAJET: Momen Meminang iPhone XS Max di Apple Store Singapura

Genap seminggu dah rupanya Budiey guna iPhone XS Max. Perghh! Best giler wei. Memang smartphone terbaik dan paling mahal pernah Budiey beli dalam sejarah.

Budiey suka guna iPhone terbaru ni sebab ia pantas, lancar, laju berdesup kerana ia dipertingkatkan dengan Intelligent A12 Bionic (chip paling power katanya), kedua, of course la sebab skrinnya paling besar dalam keluarga iphone iaitu 6.5 inci. Untuk iPhone XS pula, skrinnya berukuran 5.8 inci.

Shopping iPhone XS Max di Apple Store Singapore

Paparan Super Retina OLED memang terang, jelas, clear giler. Face ID dia laju la jugak la walaupun kekadang Budiey tak puas hati sebab iphone ni tak dapat nak detect wajah Budiey. Kenapa ntah.

Camera dia pulak memang gempak… hasil gambar yang sangat cantik giler. Fungsi Potrait untuk selfie mode dia dipertingkatkan dengan Depth Control. Jadi, gambar potrait lebih ohsem sebab gambar selfie kita tu kabur kat belakang. Haha. Rekaan bentuk dia, warna emas ni… fuh.

https://youtu.be/bxiK6R1KgE

Dah-dahlah tu puji melambung iPhone ni, bukan dia bayar Budiey pun. Haha. Tapi tu la, sekali guna iPhone XS Max ni terus jatuh cinta. Gitu. Next, target Budiey nak beli Apple Watch Series 4 pulak. Yeay!

Haha. Korang yang tengah guna iPhone X, rasanya tak payah la nak upgrade kepada iPhone XS ni sebab sikit je benda yang bedanya. Lainla kalau korang guna iPhone 8plus macam Budiey. Memang berbaloi la nak upgrade pun.

“Tapi kalau korang kaya giler… why not korang nak upgrade. Kat Malaysia belum dijual, kalau nak beli sangat ada kat Low Yatt tapi harga memang mahal giler.”

Nah! kat bawah ni ada Budiey rakam satu vlog, momen-momen saat pergi meminang hehe… membeli iPhone XS Max di Apple Store Singapura. Harga sekali dengan casing: SD2,000.

VLOG GILA GAJET – Misi Mencari iPhone XS Max di Apple Store Singapore:

https://youtu.be/bxiK6R1KgE

Shopping iPhone XS Max di Apple Store Singapore

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Media Prima Bags Four Trophies at The Marketing Events Awards 2018

Permohonan Farid Kamil Untuk Dapatkan Semula Pasport Ditolak