Gigs “Ekspres Rock n Roll ” Ke Pulau Pinang “Stesen SENI”
Setelah gigs pertama “Stesen SENI” dianjurkan dengan jayanya di Unison Studio Melaka 15 sept lalu, kini jelajah gig “Ekspres Rock n Roll ke Pulau Pinang yang bermula jam 2 Petang Hingga 8 Malam bertempat di Soundmaker Studio.
Sebanyak tujuh buah kumpulan muzik dari Pulau Pinang mengambil bahagian seperti Sleepside, Gensekii, Past Times And Tragedies, Star Sceram, GPMG, Sakura, Persis, termasuk 3 kumpulan iaitu Nitrus, Iamneeta dan Oh Chentaku dari Kuala lumpur.
Gig “Ekspres RnR ini akan menjelajah seluruh semenanjung yang akan menampilkan kumpulan-kumpulan muzik tempatan di setiap lokasi gigs. Selain mencungkil bakat-bakat baru kumpulan muzik tempatan, Stesen SENI memberi peluang kepada anak-anak muda untuk berdikari untuk mejayakan setiap gigs yang akan di anjurkan.
Stesen Seni
stesenSENI adalah satu ruang bebas yang lahir untuk anak-anak muda. stesenSENI percaya bahawa seni itu pembentuk budaya, seni itu perlu bebas, namun bebas yang masih didukung budaya masyarakat kita, stesenSENI berharap agar dapat menjadi platform tempat anak-anak muda yang minat kepada seni berkomunikasi dan bertukar idea.”stesenSENI” terbuka kepada apa juga idea/hasil seni/aktiviti yang melibatkan seni. Harapan kami supaya satu hari nanti akan lahir satu seni asli ‘Made in Malaysia’ seperti Graffiti di Philadelphia/New York, Parkour di Lisses, dan Reggae di Trench Town.Sebagai langkah pertama,10 lokasi di seluruh negara telah di pilih untuk dijalankan kegiatan seni.
Laman Sosial “stesenSENI
Facebook : http://www.facebook.com/stesenseni
Twitter : http://www.twitter.com/stesenseni
Youtube : http://www.youtube.com/stesenseni