in ,

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Gigi Colgate Naturals

COLGATE telah menghasilkan satu lagi produk inovasi mereka dengan menggunakan ekstrak tumbuhan dan bahan semulajadi. Menamakan Colgate Naturals, produk terbaharu ini adalah rangkaian ubat gigi menggabungkan kebaikan bahan semulajadi dengan kepakaran penjagaan kesihatan dari Colgate untuk menghasilkan senyuman yang menawan.

Cakap pasal GIGI ni, semua orang nak gigi cantik, sihat, putih dan bersih, kan? Yelah, orang kata senyuman yang manis datangnya dari gigi yang cantik dan tersusun rapi. Budiey masih ingat lagi, masa zaman kanak-kanak dulu, ibu suruh bersih gigi dengan meletakkan sedikit arang hitam yang ditumbuk dengan garam.

Katanya, itu petua orang tua dulu-dulu untuk memutihkan gigi. Mulanya Budiey tak percaya boleh ke arang hitam tu memutihkan gigi? Haa, jangan tak percaya ye, kekadang petua orang tua ni boleh diterima pakai. Itulah kelebihannya bahan semulajadi.

Advertorial COLGATE NATURALS

Budiey tengok sekarang ni, ramai selebriti yang menitik beratkan penjagaan gigi mereka. Tak kira lelaki dan perempuan, semua berlumba-lumba nak ‘buat’ gigi. Semua mahu kasi gigi tu kemas dan putih. Tapi yang kelakarnya bila ada selebriti lelaki yang berwajah hitam manis tu buat pemutihan gigi. Aduyai… kelakar jadinya. Tak pe, itu effort dia nak cantik. Kita kena hargai ye. Gambar kat bawah sekadar hiasan je. Hehe.

ajak
Wah! Putihnya gigi Ajak Shiro ni.

Di sebalik kecanggihan teknologi dalam kecantikan gigi ni, ramai dari korang yang lahir di zaman milenia ini seakan dah melupakan sebenarnya bahan dan tumbuhan semulajadi dapat mencantikan gigi kita secara ‘natural’.

Advertorial COLGATE NATURALS

Mungkin kerana itu, jenama ubat gigi yang dipercayai sejak lebih 200 tahun lalu, tak lain tak bukan, COLGATE telah menghasilkan satu lagi produk inovasi mereka dengan menggunakan ekstrak tumbuhan dan bahan semulajadi. Menamakan Colgate Naturals, produk terbaharu ini adalah rangkaian ubat gigi menggabungkan kebaikan bahan semulajadi dengan kepakaran penjagaan kesihatan dari Colgate untuk menghasilkan senyuman yang menawan.

Colgate Naturals mengandungi ekstrak semulajadi seperti minyak lemon, minyak tea tree, aloe vera, garam rumpai laut dan garam kristal.

Colgate antara jenama kegemaran rakyat Malaysia telah melancarkan Colgate Naturals yang didatangkan dengan 3 variasi iaitu Pure Fresh, Real White dan Gum Comfort.

Nak tahu apa bezanya ubat gigi ini dengan ubat gigi lain? Haa, sudah tentulah isi ramuan dan juga kandungan pembuatan ubat gigi ini.

colgate

1. Colgate Naturals Gum Comfort
Ia menggabungkan minyak tea tree dengan ekstrak aloe vera untuk penjagaan dan perlindungan semulajadi, meninggalkan gigi dan gusi yang lebih sihat. Untuk info korang, minyak pati tea tree ni berkhasiat dan berkesan meredakan batuk dan demam serta mencegah jangkitan luka di kulit kerana ia mengandungi antiseptik, antibakteria dan pembasmi kulat. Ia juga dijadikan bahan untuk ubat jerawat yang mampu membuatkan jerawat kering dan menghindar dari jangkitan.

Advertorial COLGATE NATURALS

2. Colgate Naturals Real White
Ia mengandungi garam rumpai laut dan garam kristal supaya gigi putih secara semulajadi, rasanya unik dengan sedikit rasa garam yang menyegarkan selepas memberus gigi. Budiey masih ingat lagi, petua orang dulu-dulu, jika kita sakit gigi, kita kena kumur dengan garam. Mungkin sebab itulah juga inspirasi ramuan untuk Real White ini menggunakan garam rumpai laut dan garam kristal. Gigi akan sihat dan juga akan kuat dan yang penting akan nampak putih bersinar-sinar.

Advertorial COLGATE NATURALS

3. Colgate Naturals Pure Fresh
Ia mengandungi minyak lemon dan ekstrak aloe vera untuk kesegaran nafas lebih lama, dengan kesegaran rasa lemon untuk memberikan rasa mulut yang lebih bersih. Kita sedia maklum, sebelum ini, minyak lemon ni dapat membantu menenangkan dan melegakan sakit kepala. Juga dapat merawat sakit sendi juga dapat membersihkan masalah kulit seperti jerawat, kulit berminyak dan membuang sel mati serta merawat ulser mulut, herpes dan gigitan serangga.

Advertorial COLGATE NATURALS

Budiey sudah pun mencuba ketiga-tiga produk ini ternyata kesemuanya mempunyai kelebihan. Selepas mencuba produk ini, Budiey rasa mulut rasa lebih segar dan bersih berbeza sekali dgn sebelum ni. Masalah mulut berbau pun dah hilang sebab nafas terasa amat segar.

Tapi dalam tiga produk ini, Budiey lebih suka Colgate Naturals Real White. Siapa tak nak gigi putih selalu kan? Terus terang saje lah kat sini, Budiey memang nak putihkan gigi secara semulajadi. Nak selfie pun rasa Tak nak membazir wang untuk putihkan gigi kat mana-mana klinik.

Colgate

Ramai yang dari kita tak tahu, sebenarnya masalah gigi berlubang, berwarna kuning, sakit gusi dan tidak bersih adalah disebabkan sikap kita yang endah tak endah je dengan kebersihan penjagaan mulut ni.

Tapi sebaliknya, tahu tak korang, mengikut satu kajian, telah menunjukkan 60 peratus rakyat Malaysia lebih berminat untuk menggunakan produk daripada ramuan segara yang semulajadi atau organik. Budiey kira, produk ini akan menjadi lebih trending di tahun 2018 ni. Tak percaya kita tengok saje la ye.

Sekurang-kurangnya, dengan ada pilihan ubat gigi Colgate Naturals ini memberikan nafas baru untuk orang Malaysia dalam penjagaan gigi dan memang memenuhi citarasa dan kehendak pengguna, betul tak?

Advertorial COLGATE NATURALS

Ketiga-tiga variasi ubat gigi Colgate Naturals boleh didapati di kedai-kedai dan farmasi pada harga runcit yang disyorkkan pada RM11.90 dan RM21.40, masing-masing untuk pek 120g dan pek kembar 120g.

Yang mana satu pilihan korang? Haaa, Budiey cadangkan korang cuba kesemuanya dulu. Tengok mana yang sesuai. Setia dengan yang satu, okay?

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ubat gigi Colgate Naturals, sila kunjungi laman facebook Colgate Malaysia.

Advertorial COLGATE NATURALS
Advertorial COLGATE NATURALS
Advertorial COLGATE NATURALS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fedi Nuril Tak Sangka Babak AYAT AYAT CINTA 2 Dibuat Parodi & Viral

The Return of Disney’s New ‘DuckTales’