GFRIEND bakal datang ke Malaysia buat pertama kalinya dan MacpiePro dengan bangganya mengumumkan mereka sebagai penganjur rasmi 2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR. GFRIEND adalah salah satu kumpulan wanita paling popular di Korea Selatan yang bernaung di bawah Source Music dan populariti mereka semakin meningkat dalam kalangan peminat K-Pop!
Pengenalan GFRIEND
GFRIEND terdiri daripada enam ahli kumpulan yang berasal dari Korea Selatan iaitu Sowon, Yerin, Eunha, SinB, Yuju dan Umji. Kumpulan itu ditubuhkan pada tahun 2015 oleh syarikat hiburan Source Music dan mereka telah mengeluarkan dua buah album studio, satu album kompilasi, tujuh EP dan satu album yang dilancarkan semula di Korea.
Kesemua album GFRIEND diterima baik oleh peminat mereka yang digelar sebagai ‘BUDDY’ dan pernah memenangi anugerah ‘Artis Wanita Baharu Terbaik’ 2015 di Anugerah Muzik Melon.
Mereka turut meraih beberapa lagi anugerah antaranya Anugerah K-Pop Carta Gaon, Anugerah Cakera Emas dan Anugerah Muzik Seoul. Sekaligus dinobatkan sebagai ‘Artis Wanita Terbaik’ 2018 di Anugerah Muzik Melon.
Lagu berjudul ‘Me Gustas Tu’ dari mini album kedua GFRIEND telah berjaya mencapai 100 juta penstriman dalam carta Gaon pada tahun 2016. Malah satu lagi lagu hit mereka, ‘Rough’ turut menduduki tempat pertama dalam carta platform muzik digital bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2016.
GFRIEND juga pernah memenangi 29 kali rancangan muzik Korea Selatan pada tahun 2016, sekaligus menjadi satu-satunya kumpulan wanita yang meraih kemenangan paling banyak dalam masa setahun dan mengejutkan peminat muzik K-Pop di seluruh dunia.
Secara keseluruhan, kumpulan GFRIEND telah meraih 80 anugerah yang mana 53 anugerah tersebut dari program muzik dan 27 lagi dari anugerah persembahan. Bagi kumpulan yang masih baharu seperti mereka, kejayaan tersebut benar-benar melonjakkan nama GRFIEND.
2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR
GFRIEND akan menemui peminatnya di Malaysia pada 29 Jun 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam tepat jam 6 petang.
Jadual Pembelian Tiket & HITS Deal
Tarikh | Masa | Tempat Jualan Tiket | |
HITS Deal | 30 Mac – 7 April 2019 | 10am | Kedai gaya hidup digital Mcalls dan laman web rasmi Mcalls https://mcalls.asia |
Jualan Tiket Offline | 6 April – 7 April 2019 | 12pm | Kedai gaya hidup digital Mcalls |
Jualan Tiket Online | 8 April 2019 | 12pm | Laman web rasmi MacpiePro www.macpiepro.com & MMspot |
Kedai gaya hidup digital Mcalls terletak di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang.
Tiket konsert dijual pada harga RM168 (Zon Hijau), RM238 (Zon Kuning), RM338 (Zon Merah), RM398 (Zon BUDDY) dan RM548 (Zon BUDDY Pakej VIP). Menariknya, zon BUDDY Pakej VIP menyediakan akses ‘Hi-touch’ dan ‘soundcheck’ kepada Fans.
Fans yang membeli tiket bagi mana-mana zon dari portal tiket rasmi kami dalam minggu pertama berpeluang mendapatkan poster yang ditandatangani oleh GFRIEND melalui cabutan bertuah.
Mcalls adalah Penaja Titanium bagi 2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR
Mcalls Fans berpeluang menikmati diskaun sehingga 30% daripada harga tiket 2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR apabila mereka melanggan Mcalls HITS 360.
Mcalls HITS 360 memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli tiket konsert pertama dan kedua dengan diskaun 30% bagi Zon BUDDY RM398 atau Zon Merah RM338.
Bagi pembelian tiket ketiga dan keempat, Fans boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10%. Mcalls Fans sedia ada pula boleh menaik taraf kepada HITS Plan dan menikmati tawaran hebat HITS.