in ,

Gerak Khas Musim Baharu 2015 Kembali di TV2

Drama TV bersiri Gerak Khas Musim Baharu hasil terbitan Skop Production dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menampilkan barisan-barisan pelakon yang hebat dengan nafas baru yang lebih mantap dan penuh aksi.

Saksikan kemunculan Gerak Khas Musim baharu siri 3 di TV2 bermula 15 Mei ini, setiap Jumaat bermula jam 9.00 malam yang menampilkan pelakon Datuk Yusof Haslam, Norman Hakim, Salina Saibi, C Kumaresan, Nizen Ayob, Afiq Muiz, Shanorbiah Shamsir.

gerak khas poster

26 episod drama menarik kepolisian dan kekeluargaan ini mengetengah tajuk dan isu semasa bermula dengan dua episod tajuk “Otai” disiarkan pada 15 dan 22 Mei ini. Tajuk “Otai” berkongsi kisah Pak Hashim (bekas SI Unit Gerak Khas) terserempak dengan bos lamanya (Datuk Helmi). Unit Gerak Khas sedang memantau beberapa lokasi panas di K.L ekoran kes-kes ragut yang semakin serius. Dalam satu kejadian Pak Hashim berjaya menumpaskan seorang peragut. Suspek di seret ke balai polis setelah hampir lunyai di belasah orang ramai.

Dalam pada itu, seorang gadis kampung bernama Anita telah di peralatkan oleh satu sindiket dadah yang di dalangi oleh dua suspek polis (Ajai dan Taufik). Anita cuba melepaskan diri dari cengkaman suspek tapi gagal. Dalam pada itu dua suspek yang menjadi buruan polis (Ajai dan Taufik) terus memperalatkan Anita sebagai pusher. Koperal Zaidi sering berhubung dengan Pak Hashim bagi mendapatkan maklumat.

Diikuti tajuk “Ops Samar” pada 29 Mei dan 5 Jun mengisahkan Unit Gerak Khas melancarkan ‘Ops Samar’ dalam usaha mereka untuk menangani pelbagai kegiatan jenayah di bandaraya. Inspektor Dira di berikan tugasan utama bagi menjejaki suspek. Det.Kamal kurang senang dengan kehadiran Inspektor Dira yang di anggap tidak layak memikul tanggungjawab tersebut. Beberapa suspek berjaya di berkas dalam operasi ekoran dari info yang di perolehi melalui Dira. Dalam satu kejadian lain dua suspek yang sangat-sangat di kehendaki polis berjaya di tumpaskan. Situasi ini menyebabkan Jacky dan Ah Boon (suspek utama) berang dan bertelagah sesama mereka. Jacky akhirnya mati di tangan Ah Boon. Unit Gerak Khas pula merancang operasi baru setelah mendapat maklumat terkini tentang suspek.

gerak-khas--final--medium

Unit Gerak Khas masih menjalankan ‘Ops Samar’ dalam usaha mereka untuk mengesan saki baki pengedar dadah di K.L Pada suatu hari polis menemui mayat Jacky yang tertanam di satu kawasan belukar. Identiti mangsa gagal di ketahui kerana tiada pengenalan diri. Walaubagaimanapun Letchumi (isteri Jacky) muncul di pejabat polis setelah gambar mayat suaminya tersebar di media.

Ah Boon dan Joe yang terlibat dalam kes bunuh tersebut panik dan cuba menghubungi Letchumi dalam usaha mereka untuk mengelak dari di kesan polis. Letchumi di sogok dengan wang untuk menutup rahsia hubungan mendiang suaminya dengan mereka. Di sebalik kekalutan ini polis berjaya menangkap seorang suspek yang terlibat dalam kegiatan haram. Siasatan lanjut menemukan mereka dengan Ah Boon dan Joe.

Usah ketinggalan menyaksikan tajuk “Dajjal” bahagian satu dan dua pada 12 dan 19 Jun depan tentang penggunaan media sosial memfitnah pelbagai pihak kian menjadi-jadi. PDRM turut di tohmah oleh bloggers yang di peralatkan oleh satu kumpulan sulit yang di ketuai oleh Sam. Datuk Helmi mengarahkan unitnya menyiasat dan mencari dalang yang bertanggungjawab menyebarkan berita-berita palsu.

Dalam pada itu Rizal seorang ahli kumpulan tersebut telah belot dan melarikan satu dokumen rahsia dan menjualnya pada encik Akbar seorang penulis buku. Akbar tertarik dengan isi kandungan dokumen tersebut dan bercadang untuk mendedahkan segala rancangan jahat kumpulan sulit itu dalam sebuah buku. Sementara itu Sam yang berang dengan tindakan Rizal bertekad menghapuskannya untuk mendapatkan kembali dokumen rahsia tersebut.

Tidak kurang menariknya tajuk “Murtad” dalam tiga episod mengisahkan Maria seorang gadis muda yang murtad ditemui mati dalam apartmentnya dengan nota bunuh diri. Hasil bedah siasat pihak polis mendapati Maria sebenarnya di bunuh. Roslan seorang wartawan bekas kekasih Maria kesal dengan tragedi yang menimpa Maria. Dia nekad untuk membongkar kegiatan satu kumpulan NGO yang di percayai bertanggungjawab dalam memesongkan akidah umat Islam untuk menjadi atheis.

Dari maklumat yang di terima, pihak polis mencari Danial warga kulit putih teman lelaki Maria untuk membantu siasatan. Dalam masa yang sama Jabatan Agama Islam turut menjejaki kumpulan yang sama. Mona Lisa seorang gadis Melayu menjadi mangsa baru Danial. Dia di pengaruhi oleh Danial dengan fahaman free thinker sehingga dia menolak keluarganya dan bersekedudukan dengan Danial.

Ikuti juga banyak lagi kes isu semasa yang diketengahkan untuk dikongsi sama menerusi siri terbaharu Gerak Khas ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Land of Great Beer & Yummy Sausages

Hatta Dolmat Lancarkan Kempen Koleksi Terbaru Ready-To-Wear