Ini bukan sembarangan ‘gendang’. ‘Gendang’ yang satu ini auranya sejak dulu dahulu dan sampai bila pun tetap sakti nan tergoyah. Lewat persembahan yang digelar Gendang Pati, figura penuh sakti ini mahu menjadikan ia sebuah pesta rakyat yang mengisi bukan sahaja kegembiraan luaran tapi diikuti jiwa sekali.
Malam itu nanti ‘roh’ dan jiwa jiwa segenap pelusuk dewan plenary bertebaran kegembiraan, berbahagia menyambut lalu meraikan pesta muzik yang bakal dipersembahkan oleh sang legenda, sang meastro dan sang sifu nan tiada gantinya, Dato M. Nasir.
Keraian muzik yang mengisi seluruh kecanduan pesta Gendang Pati yang telah memberi kesan saat dipersembahkan tempoh hari di Singapura kini mahu dikongsi dan diserapkan ke dalam jiwa sekalian penggemarnya di Kuala Lumpur.
Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur— begitu nama persembahan yang bakal menyapa penggemar di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 18 November 2023, bermula 8 malam.
Tapi percayalah tidak pernah ada yang sederhana dalam pesta dari sang M. Nasir yang selalu berjaya mengajak jiwa menyanyi dan menari di sepanjang pesta.
Di pesta Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur yang dibawakan oleh MND SPORT & EVENT SDN BHD, M.Nasir tidak perlu menjanjikan persembahan yang spektakular atau luar biasa.
“Hal ini kerana M. Nasir itu sendiri sudah merangkumi seluruh perkara seni yang luar biasa dan hebat. Jadi kami di MND Sport & Event Sdn. Bhd percaya dengan kemampuan penghibur yang satu ini.
“Beliau telah membawa roh yang kuat terhadap karya yang dilahirkan sejak berzaman dan mendendangkan ia dalam Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur ibarat kerja seni yang akan mengalir dengan lancar dan semula jadi,” ujar Daniel dari MND Sport & Event Sdn. Bhd.
Buat M.Nasir, Gendang Pati diadakan versi Kuala Lumpur kerana sedar kecintaan dan kecanduan penggemar yang sentiasa mahu melihat beliau beraksi di atas pentas sebagai sebuah lambang kelangsungan kariernya yang sentiasa ‘hidup’ tak lapuk dek zaman..
Konsert kali ini akan dibarisi pemuzik-pemuzik hebat yang menjadi tulang belakang M.Nasir iaitu pengarah muzik dan pemain gitar- Nan Alias, gitar rhythm- Rafi Mohd, bass- Norman, keyboard- Firdaus Mahmud dan Eddie Slam, dram- Ujang Exists serta penyanyi latar vokal- Eja, Widy, Yuaz & Awe .
Ini dikuatkan lagi dengan kehadiran pemain perkusi utama- Paang, perkusi tradisional- Mat Din, pemain perkusi – Che Long dan Anas. Juga ditambah dengan kemunculan Awe selaku pemain perkusi, rebab, serunai dan penyanyi jemputan.
Selain mempersembahkan M Nasir, pesta muzik ini akan diterbitkan oleh Roman Abadi Sdn Bhd yang pastinya memperkuatkan Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur bakal mempersembahkan sebuah konsert yang menusuk jiwa dan meninggalkan momen istimewa pada malam itu nanti.
Untuk menyaksikan Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur, tiket dengan beberapa kategori harga boleh didapati di laman web MyTicket.Asia.
Tiket-tiket berharga RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet).
Selain layari MyTicket.Asia, tiket boleh dibeli di [email protected] atau hubungi talian hotline 03 8605 0195.
Untuk sebarang perkembangan terkini mengenai Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur lawati Instagram: @mndsportnevent
Temui anda di Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur, sebuah pesta keraian muzik dan jiwa untuk seluruh rakyat.
INFORMASI Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur
LOKASI: PLENARY HALL, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
TARIKH: 18 NOVEMBER 2023
MASA: 8.00 MALAM
PENGANJUR: MND SPORT & EVENT SDN BHD
PENERBIT: ROMAN ABADI SDN BHD
TIKET:
RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet)
PEMBELIAN : [email protected] / HUBUNGI TALIAN 03 8605 0195.
MEDIA SOSIAL :
INSTAGRAM : @mndsportnevent
Hashtag: #gendangpatiKL