in

Apa Yang Buat GEMA GEGAR VAGANZA Tema Nasyid Akustik Jadi Viral

Ada yang bertaranum, ada yang berzikir. Ada yang turut membawa anak-anak istimewa di pentas untuk turut bersama dalam persembahan mereka. Pelbagai gaya persembahan dipersembahkan oleh peserta Gema Gegar Vaganza (GGV) pada minggu lalu dalam menzahirkan lagu tugasan masing-masing. Kumpulan UNIC, Hijjaz dan Mirwana yang menduduki kedudukan tiga teratas dalam carta undian mendapat pujian daripada juri dan tepukan gemuruh oleh penonton.

Nasyid Akustik

Meskipun begitu, sudah menjadi adat pertandingan, seorang peserta harus disingkirkan dan pada minggu lalu, Bienda menjadi peserta GGV pertama yang meninggalkan pentas.

Minggu ketiga bakal menyaksikan para peserta meneruskan kehangatan dan kemeriahan program GGV dengan persembahan yang bertemakan ‘Nakustik (Nasyid Akustik)’. Antara persembahan yang ditunggu-tunggu pastinya persembahan daripada Wani yang akan menyanyikan lagu Intifada, UNIC yang akan menyanyikan lagu Iman Mutiara, Izam EYE dengan lagu tugasannya bertajuk PadaMu ku Bersujud nyanyian Afgan dan ramai lagi. Jika minggu lalu persembahan yang dipersembahkan penuh dengan idea-idea kreatif, apa pula yang akan dilakukan oleh peserta pada minggu ini? Sama-sama kita saksikan.

Siaran Langsung Konsert Gema Gegar Vaganza (Minggu Ketiga) pada 22 April 2017 (Sabtu) berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras.

Korang jangan lupa tonton okay?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Idea Kreatif KARMAL Hasilkan Lagu LAWAN

Selebriti Popular di Tayangan Perdana Ramadan Astro 2017