in

Konsert Gema Gegar Vaganza Sabtu Ini Bertemakan GEMA IRAMA TERKENANG

Berbeza dengan musim lalu, Gema Gegar Vaganza tidak banyak membariskan penyanyi nasyid yang bertaraf otai, namun diperhebatkan dengan beberapa penyanyi yang nak buat comeback. Itu yang mengujakan sebenarnya sebab dah lama Budiey tak melihat persembahan mereka. Melihat kepada barisan para peserta, Budiey rasa dah dapat teka siapa akan jadi juara.

Gema Gegar Vaganza
Setelah mencetuskan fenomena gema baharu dalam industri hiburan tanah air pada tahun lalu, Gema Gegar Vaganza (GGV) kembali untuk musim kedua dan bakal membuka tirainya pada Sabtu ini, secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Bertemakan ‘Gema Irama Terkenang’, kesemua 11 peserta musim ini iaitu Brothers, Devotees, InTeam, Mestica, Rabithah, Heliza & Hazwani (pasangan duo), Adeep Nahar, Awi Rafael, Farah Asyikin, Fitri Haris dan Ippo Hafiz bakal mendendangkan lagu hit mereka sendiri yang telah memperkenalkan nama mereka kepada peminat industri muzik tempatan.

Farihin Abdul Fattah serta Oki Setiana Dewi pula terus menduduki kerusi juri tetap dan mereka akan bersama seorang juri jemputan dalam mengadili dan memberi komen persembahan setiap peserta.

Pastinya debaran GGV turut dirasai oleh muka baharu dalam musim ini iaitu Fakhrul UNIC yang akan bergandingan bersama Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim selaku pengacara program.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Korang Patut Tahu Sebelum Menonton Drama ZAHIR TAK TERUCAP

Konsert Radja Malaikat Cinta Bakal Berlangsung 5 Mei Ini