in ,

Gelaran Ustaz Tiada Kelebihan, Suhaimi Saad Umum ‘Bersara’ Sebagai Penyanyi Nasyid

Memetik laporan Harian Metro, Suhaimi yang berusia 41 tahun itu mengakui selama beliau berada di dalam industri seni selama 21 tahun, dia telah bertemu pelbagai ragam manusia yang mangakui sebagai ustaz, tetapi menggunakan gelaran itu untuk kepentingan diri sendiri.

Hakikatnya semua manusia sama. Apapun gelaran atau genre yang kita bawa, itu tidak akan memberi kelebihan pada kita sama ada di dunia mahupun akhirat kerana Allah tidak menilai seseorang itu berdasarkan gelaran atau jenis muzk yang dibawaannya.

Sebaliknya kita tidak akan pernah menjadi maksum hanya kerana kita membawakan lagu-lagu nasyid dan ketuhanan atau hanya dengan meletakkan gelaran ustaz di awal nama kita.

SUHAIMI SAAD

Suhaimi berkata, ustaz hari ini tidak sama seperti ustaz dahulu kerana pada zaman kini terdapat banyak ustaz seperti ustaz segera, ustaz kaki perempuan, ustaz mencabul dan sebagainya.

Apakah kita harus bangga dengan gelaran ustaz? Dulu ustaz adalah satu gelaran yang sangat terhormat dan mulia di mata masyarakat.

– Suhaimi Saad

Katanya, perkara yang paling utama buat masa sekarang bukanlah gelaran seseorang sebaliknya akhlak dan amalan kerana ia adalah perkara penting yang kita perlu rebutkan untuk membawa bekalan di hari akhirat.

Terdahulu, Suhaimi yang pernah menjadi kontroversi kerana kelantangannya berdebat berkenaan bentuk muka bumi mengumumkan persaraanya di laman Instagram sebagai seorang penyanyi nasyid dan menyeru orang ramai agar berhentinya memanggilnya ustaz sebalinya lebih selesa menggunakan nama sedia ada.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Satwo Menghantui Pendengar Dengan Single Terbaru Berjudul GELAP

Suara Hati & Tutur Batin Yura Yunita dalam Single Berjudul TENANG