Wah! Dengar khabarnya Shah Rukh Khan telah dianugerahkan pangkat gelaran DATUK di atas jasa-jasanya mempromosikan negeri Melaka sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Tun Dain Zainuddin. Tahniah, Budiey ucapkan!
Tapi pelik jugak sebab biasanya gelaran Datuk diberikan kepada ahli politik dan kalau ada pun artis atau selebriti tempatan sahaja. Mmm, kira okaylah tu sebab jarang Budiey dengar gelaran Datuk diberikan kepada selebriti luar.
Ternyata, ramai sekali pihak yang mempertikaikan pengurniaan pangkat ini kepada pelakon Bollywood yang begitu popular ini. Isu yang dibangkitkan, sejauh mana relevannya gelaran ini diberikan kepada selebriti luar negara?
Dengar khabar, FINAS antara badan yang tak puas hati dengan anugerah Dato’ yang diberikan kepada Shah Rukh Khan dan petang esok, akan diadakan satu sidang akhbat tergempar tentang bantahan ini.
Oh ya, bagi Budiey ini pastinya dapat membantu mempopularkan nama Malaysia ke mata dunia. Tetapi isunya, apa specialnya Shah Rukh Khan ni? Bagaimana pula dengan orang lain yang begitu bersungguh mempromosikan pelancongan negara tetapi tidak pun diberi gelaran sebegitu?
Apa kata anda?
“Datuk Shah Rukh Khan… korang ada? jangan main-main dengan saya…”