Sabtu lalu telah berlangsungnya Festival Gegaria di Dataran Amanjaya, Meru, Ipoh dengan meriah sekali. Mencatatkan kehadiran seramai 25, 000 orang, Festival Gegaria menyediakan platform kepada golongan belia bagi mengekspresi diri selama satu hari bermula dari 8.00 pagi sehingga 11.00 malam di lima zon utama, iaitu Zon Makan-Makan #Gegaria, Zon Throwback Tunnel #Gegaria, Zon Gaya Hidup #Gegaria, Zon Komuniti #Gegaria, dan Zon Hiburan #Gegaria.
25,000 Warga Milenia Ipoh Menggegarkan GEGARIA FEST 2.0!
Festival Gegaria memulakan pendaftaran seawal pada pukul 8 pagi dan diikuti dengan aktiviti pertama iaitu Zumba #gegaria di pentas utama Gegaria. Zumba #gegaria ini turut disokong oleh aplikasi mudah alih, ‘Wanita’ sebuah aplikasi yang dicipta oleh Media Prima Digital yang sentiasa memberi inspirasi kepada kaum hawa. Zon ini direhatkan sehingga waktu petang untuk diteruskan dengan aktiviti-aktiviti fizikal, permainan tradisonal, dan permainan elektronik untuk belia yang gemar menguji fizikal dan mental mereka. Antaranya, Jenga Gergasi, Timbang Takraw, Ting-ting, Congkak.
Zon Hiburan #Gegaria (#Gegaria Entertainment) merupakan tarikan yang paling dinanti-nantikan di setiap lokasi penjelajahan Festival Gegaria dengan penampilan artis-artis hit kegemaran warga milenia seantero Malaysia. Antara selebriti hebat yang membuat persembahan adalah Sonaone, Noh Salleh, Kugiran Masdo, Bunkface dan Nabila Razali. Bermula jam 7.00 petang, orang ramai telah mula mengerumuni bahagian hadapan pentas utama bagi mendapatkan ruang terbaik untuk menikmati konsert artis kegemaran mereka.
Selain itu, Zon Makan-Makan #Gegaria menawarkan pelbagai Food Truck, makanan segera, makanan tradisional, serta demo masakan disediakan buat para pengunjung yang menggemari juadah-juadah yang beraneka macam sepanjang hari. Disamping itu, para pengunjung juga berpeluang untuk menimba resipi baharu dan bertemu secara peribadi bersama Cef Fikree Aznan dalam aktiviti Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM).
Di Zon Throwback Tunnel #Gegaria pula merupakan lokasi terbaik untuk para pengunjung menimba inspirasi berharga tentang perkembangan negara. Membentangkan kontena yang berhias artisitik, zon ini mempamerkan seni yang menceritakan era perkembangan Malaysia bermula tahun 1950-an hingga kini, hasil kerja jurugambar The New Straits Times Press dari Pusat Sumber NSTP. Tidak ketinggalan juadah-juadah nostalgia disediakan di sekitar Throwback Tunnel #Gegaria ini yang pastinya membawa para pengunjung mengimbau kenangan lalu.
Tarikan lain yang terdapat di Festival Gegaria adalah, Zon Gaya Hidup #Gegaria (#Gegaria Lifestyle). Para pengunjung berpeluang mendengar sesi perkongsian oleh selebriti-selebriti muda serta personaliti media sosial berkisarkan tips-tips menarik fesyen dan perkembangan artis terkini. Antara barisan personaliti terkenal adalah Ramona ZamZam, Point Blanc, Elfira Loy, Faizdickie, Kugiran Masdo dan Nadia Brian.
Selain itu, Festival Gegaria turut mengambil inisiatif untuk berkhidmat kembali kepada masyarakat dengan mewujudkan Zon Komuniti #Gegaria (#Gegaria Community). Di zon komuniti ini, pelbagai aktiviti disediakan selama 8 jam bermula 10.00 pagi untuk para pengunjung termasuk pemeriksaan kesihatan.
Manakala buat penggemar permainan elektronik, bergandingan dengan MyGameOn (MGO) dan Garena, Festival Gegaria turut menyediakan pertandingan sukan elektronik untuk permainan FIFA Online 3 dan merebut hadiah wang tunai bernilai RM10,000! Selain itu, terdapat juga Playstation untuk hiburan para pengunjung dan yang terkini adalah permainan Virtual Reality yang pastinya memberikan pengalaman bermain di alam maya secara peribadi.
Festival Gegaria 2018 di Bulatan Amanjaya, Meru, Ipoh ini merupakan lokasi ke-4, dalam siri penjelajahannya selepas Shah Alam, Johor Bahru, dan Kuantan. Para pengunjung boleh mendaftar di pintu masuk Festival Gegaria ini untuk mendapatkan seutas gelang tangan sebelum mengalami hiburan dan inspirasi tanpa batas. Gelang tangan #Gegaria ini mempunyai rekaan eksklusif untuk setiap lokasi penjelajahnnya.
Bagi anda yang masih belum berpeluang hadir ke Festival Gegaria boleh hadir ke Pusat Pameran & Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur pada 31 Mac 2018, Dataran Centrio Seremban 2, Seremban. Negeri Sembilan pada 7 April 2018 dan lokasi terakhir sebelum melabuhkan tirai di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pada 14 April 2018. Datanglah beramai-ramai dan rasai sendiri gegaran Festival Gegaria 2018!
Untuk maklumat lanjut, para penggemar festival dan hiburan tanpa henti boleh layari laman Facebook rasmi Gegaria ‘GoGegaria’ (www.facebook.com/gogegaria) atau laman sosial Instagram @gogegaria (www.instagram.com/gogegaria). Jangan lupa juga untuk menggunakan tandapagar #gogegaria dan #KitaOK di laman sosial anda dan kongsikan pengalaman hebat anda bersama Festival Gegaria.