in ,

GEGAR VAGANZA: Shafie Rio Tersingkir, Noryn Aziz Menang Tipis 

Konsert Gegar Vaganza 5 (GV5) minggu keempat telah pun berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan Shafie Rio tersingkir dek kerana kegugupan dan darah gemuruh yang dialaminya ketika menyanyikan lagu Ada Apa Dengan Cinta.

Seperti biasa, malam Ahad dipenuhi dengan warna-warni persembahan bintang di Konsert Gegar Vaganza. Semalam, keseluruhan persembahan boleh dikatakan agak hambar dan lesu.

Konsert minggu keempat Gegar Vaganza 5 (GV5) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi rata-rata sangat overated dan ada persembahan yang tak menjadi.

Minggu 4 Konsert GEGAR VAGANZA 5

Shafie RIO Tersingkir Jua

Di penghujung konsert, kita dapat saksikan perjalanan abang long atau Shafie Rio di GV telah terhenti selepas dia diumum sebagai peserta tersingkir. Markah yang diperolehi oleh Shafie hanya 46.7%. Sangat sedikit okay!

Ini menjadikan beliau antara tiga bintang yang tersingkir. Sebelum ini, Safura dan Elite telah mengalami nasib yang sama. Tapi khabarnya akan ada imunisasi dan serap semula seperti AF MASUK. Haha. Tak pasti lagi.

Syafie menyampaikan lagu Ada Apa Dengan Cinta nyanyian asal Melly Goeslaw duet bersama Azharina. Beliau menerima komen daripada Datuk Khatijah Ibrahim yang mengatakan Syafie kelihatan gemuruh ketika berada di atas pentas. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Layu Dihujung Mekar itu juga tidak memberikan yang terbaik dalam pertandingan tersebut.

“Awak nampak betul-betul gemuruh namun saya tahu sukar untuk menyanyi bersama duet yang tidak pernah bekerjasama sebelum ini.

“Awak perlu buat lebih banyak buat latihan pada masa akan datang, ini adalah pertandingan,”

Bertemakan ‘Bergegar Bergaung’, hanya sembilan peserta sahaja lagi yang bertahan dan bersaing di konsert akan datang.

Minggu 4 Konsert GEGAR VAGANZA 5

Peserta yang mara ke peringkat seterusnya ialah Noryn Aziz, Mya Ruslee, Dia Fadila, Forteen, Farawahida dan Zamani, Turut mara ke minggu kelima GV5 ialah Hetty Sarlene, Amelina dan duo Billyzulkarnain.

Budiey nak ucapkan tahniah buat Noryn Aziz yang menjadi juara atau tempat pertama semalam. Bermakna Noryn telah merampas kembali kedudukan pertamanya dari Amelina yang sebelum ini telah menunjukkan taringnya.

Namun kemenangan itu sangat tipis apabila markah Maya Ruslee yang berada di kedudukan kedua hanya kurang 0.1 peratus sahaja dari markah Noryn.

Pemarkahan peserta diberikan sepenuhnya oleh juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta konduktor dan pengubah muzik terkenal Datuk Mokhzani Ismail yang hadir sebagai juri jemputan minggu ini.

Di bawah merupakan kedudukan dan markah keseluruhan bintang GV5 mengikut urutan serta komen juri.

  1. Noryn Aziz 73.9% (Duet:Liza Hanim / Lagu: Seksis)

Dilatari dengan empat orang penari, Noryn Aziz bergabung suara bersama Liza Hanim yang cukup mantap. Permulaan yang baik. “Alert dgn key. Vokal mantap. Konsisten. ” – Datuk Mokhzani.

“Superb! Awak cukup alert dengan key serta energy yang hebat. Vokal sangat mantap. Konsisten dari mula sampai akhir. Pengalaman mengajar untuk menyanyi dgn baik.” – Datuk Mokhzani Ismail

2. Maya Ruslee 73.8% (Duet: Tia Jinbara / Lagu: Bujang Senang)

“Saya boleh rasa tenaga kamu. Tak boleh nak samakan awak dengan penyanyi rock kerana awak hebat menyanyikan lagu balada. Tapi persembahan kamu terbaik malam ni.” – Datuk Ramli MS

3. Dia Fadila 68.1% (Duet: Rahmad Mega / Lagu: Tangisan Marhaen)
Datuk Khadijah Ibrahim – Persembahan yang terbaik kerana awak beri sepenuhnya pada lagu ini.

4. Forteen 60.8% (Duet: Haiza / Lagu: Seluruh Cinta)
Datuk Khadijah Ibrahim – You guys did very well. Persembahan yang hebat.

5. Farawahida 58% (Duet: Ezad Lazim / Lagu: Hati Ini Telah Dilukai)

“Kurang kemas nyanyiannya. Nice try tapi kalau dapat lagi lagu macam ni, perlu lebih teknikal nyanyian itu.”  – Datuk Ramli MS

6. Zamani 57.7% (Duet: Mamat / Lagu: Ghazal Untuk Rabiah)

“Memang lagu ini sukar untuk dinyanyikan. Kalau kita buang muzik dan vokal sahaja tadi saya rasa lagu ini perlu tenaga yang lebih lagi.” – Datuk Mokhzani Ismail

7. Hetty Sarlene 56.8% (Duet: Zarul Husin / Lagu: Aku Cinta Aku Rindu)
Datuk Mokhzani Ismail – Nyanyi lagu ballad ini sukar tapi awak mampu menghayati lagu ini dengan baik

8. Amelina 52.9% (Duet: Sam Innuendo / Lagu: Tak Pernah Hilang)
Datuk Mokhzani Ismail – Tak konsisten dalam lontaran suara kerana tak sampai dalam jiwa saya. Apa-apa pun, tahniah kerana cuba jadi versatile.

9.Billy Zulkarnain 49.4% (Duet: Siti Nordiana / Lagu: Hanya Memuji)
Datuk Ramli MS – Lagu ni sangat besar tapi bila melodi banyak diubah, ia agak kurang sedikit sebab saya tak berapa gemar. Bagaimanapun saya menjuri vokal kamu bukan muzik.

10.Shafie Rio 46.7% (Duet: Azharina / Lagu: Ada Apa Dengan Cinta)
Datuk Khadijah Ibrahim – Nampak gementar tadi dan perlu lebih banyak homework untuk menyanyikan lagu ini.

Untuk Senarai Tugasan Konsert Minggu Ke-5 GEGAR VAGANZA 5, anda boleh tonton di saluran Youtube Budiey.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini pulak disandang oleh Amelina.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga. Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Siapakah yang bakal jadi juara? Siapa yang akan tersingkir minggu depan? Sama-sama kita saksikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Koleksi Kapsul Timberland PRO® and N.HOOLYWOOD

Dokumentari PAYUNG MAHKOTA, PEWARIS TAKHTA