Saat yang ditunggu-tunggu kini telah tiba. Jumaat ini bakal membuka lembaran baru dalam dunia komedi tanah air apabila barisan 14 bakat komedi yang terdiri daripada lapan peserta solo, empat peserta duo dan dua peserta trio akan mula beraksi di pentas Gegar Lawak.
Jangan Lupa Tonton Pentas GEGAR LAWAK Minggu Pertama Jumaat Ini
Kepelbagaian bakat komedi dalam kalangan peserta Gegar Lawak akan dapat kita saksikan buat pertama kalinya, seterusnya menonjolkan kekuatan setiap kumpulan. Pastinya, minggu pertama ini cukup penting buat peserta untuk mempamerkan persembahan terbaik mereka dalam meraih keyakinan dan sokongan penonton serta barisan juri.
Bakal dipancarkan secara langsung dari Studio Sound Stage Finas, program Gegar Lawak ini akan dikemudi oleh juara dan naib juara Super Spontan Superstar 2017, Kamal Adli & Fad Bocey. Tanda tanya siapakah gerangan pasangan Douglas Lim yang akan menggalas tugasan juri tetap akan dirungkai pada malam persembahan minggu pertama ini kelak. Siapakah beliau? Sama-sama kita nantikan.