Dalam pada kata sibuk giler dengan konsert dan aktiviti seni, vokalis kumpulan Big Bang, siapa lagi kalau bukan G-Dragon telah merancang untuk membuka sebuah kafe yang terletak di Pulau Jeju. Kafe yang diberi nama The Monstant itu telah pun mulai beroperasi dan dibuka kepada semua peminat dan orang awam. Budiey dengar, ramai peminat yang sanggup datang setiap hari semata-mata mahu menyokong dan manalah tahu dapat bertemu dengan idola mereka.
Dikatakan kafe ini adalah restoran kedua yang dibuka milik G-Dragon selepas hotel butik Dolce Vita di Gyeonggi. Buat masa ini hanya tingkat bawah dibuka kepada pelanggan manakala tingkat kedua masih ditutup dan beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat ini. Kalau Budiey dapat ke Korea, pastinya nak juga singgah di kafe G-Dragon ni. Mesti kena beratur panjang nak masuk ni.
Pemilihan premis itu menjadi perbualan hangat memandangkan harga hartanah di kawasan Pulau Jeju tu sangatlah mahal. Tak pe G-Dragon kan kaya raya dah sekarang. Begitu juga dengan dekorasinya yang bercitarasa tinggi dan tampak cantik sangat.
Bersempena dengan pelancaran kafe itu haru-baru ini, band indie Hyukoh dijemput membuat persembahan bagi menghiburkan pelanggan.