in , ,

‘Gatal’ Dari Janna Nick Mendominasi Carta Muzik Trending Tempatan & Global Di Tiktok

Selepas 4 tahun menyepi dari dunia muzik tanah air, single terbaru dari Janna Nick bertajuk ‘GATAL’ berjaya mendominasi Carta Muzik Tempatan dan Global TikTok hanya dalam jangka masa tiga minggu selepas video muzik rasmi dilancarkan.

Kempen digital ‘Gatal’ kini berjaya meraih 1.5 juta video di aplikasi TikTok melibatkan beberapa buah negara jiran seperti Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Kemboja sehingga menjadikan ‘GATAL’ lagu tempatan pertama yang meraih pembuatan video melebihi 1 juta di aplikasi itu.

JANNA NICK GATAL

Kempen yang dijalankan oleh Janna di aplikasi TikTok ini juga telah berjaya menarik perhatian pengguna aplikasi itu sehingga ke benua Eropah Timur iaitu Rusia. Menurut Pengarah A&R dan Marketing dari Warner Music Malaysia, En. Raqeem Brian, kempen digital ini adalah salah satu daripada strategi pemasaran untuk lagu terbaru ini. 

JANNA NICK GATAL

Apabila disoal Janna Nick tentang pencapaian ini, Janna berkata, ‘Saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi gunakan lagu saya di platform mereka. Saya pun tak sangka lagu ‘Gatal’ ini akan dapat sambutan seperti ini. Alhamdulillah. Saya hargai sangat-sangat. Terima kasih juga kepada pencipta lagu ‘Gatal’ ni, Aepul Roza dan juga Warner Music Malaysia atas kerjasama ini. Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, En Darren Choy pula berkata ‘Kami amat berbangga kerana telah mencapai kejayaan ini bersama-sama dengan Janna memandangkan ini kali pertama kami bekerjasama dengan beliau’. Jangan lupa untuk dengarkan lagu penuh di semua digital platform dan saksikan video muzik penuh di YouTube saya. Akhir sekali jangan lupa untuk minta dan undi lagu ‘Gatal’ ini di semua stesyen radio yang ada,’ tambah Janna. 

Carta Muzik Trending TikTok

‘GATAL’ merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aepul Roza dan telah dilancarkan sejak 28 Januari yang lalu manakala muzik video dilancarkan pada 9 Februari 2022. ‘GATAL’ juga merupakan usahasama yang pertama diantara Janna Nick dan juga Warner Music Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan OTwo Lancar Single & Muzik Video HITAM, Dapat Sambutan di Indonesia

‘RIUH EK! BERSAMA UNIFI’ Di Ayer Hitam, Johor, Dekatkan Seni Kreatif Dengan Keluarga Malaysia