Video tersebut mendapat perhatian di media sosial kerana aksi yang ditunjukkan oleh Aliff dan beberapa orang penari latar disifatkan tidak bersesuaian dengan kemuliaan bulan Ramadan.
“Kita berada di bulan Ramadan, bulan yang penuh pengabdian kita kepada Allah SWT, jadi saya rasa video Datuk Seri yang tergedik-gedik bersama penari latar tersebut sangat tidak sesuai.
“Kita sambut hari raya nanti, kita sambut kemenangan melawan hawa nafsu bukan sebab kita ikut hawa nafsu.
“Saya tahu suara Datuk Seri sedap , ada bakat dan ada keyakinan penuh pada diri Datuk Seri. Tapi dengan gaya penyampaian tersebutt sangat tidak sesuai. Ubahlah, tak perlu menari pun takpe,†tegur PU Syed.
Warganet turut menzahirkan perasaan kurang senang dengan memberikan kecaman yang hebat terhadap video tersebut dan ada juga yang memberi sokongan kepada PU Syed kerana menegur Aliff Syukri secara terbuka
“Saya sokong ustaz teruskan perjuangan dalam mencegah kebatilan. Allahuakbar!
“Setuju ustaz, terima kasih berani menegur,†tulis netizen di ruangan komen.