Mungkin ada yang tidak tahu, sebenarnya Amelina menahan kesakitan semasa buat persembahan untuk lagu tugasan di Konsert Gegar Vaganza 5 Minggu Ke-3. Dikatakan lagu SEGALANYA PASTI adalah sebuah lagu yang sangat berat sehingga tak tertanggung oleh Amelina.
Terduduk Menangis Di Penghujung Persembahan, Apa Jadi Dengan Amelina?
Namun, Amelina terus berdegil untuk membawa lagu ini sehabis baik. Biar apa nak jadi, jadilah kata dia. Oleh kerana terlalu sangat ‘push’ dan memaksa diri, Amelina tiba-tiba panik minggu lalu kerana suaranya hampir hilang sehari sebelum konsert.
Haaa, apa jadi kalau dah hampir hilang suara? Minum satu baldi air asam jawa pun dah tak guna, dik! Ketika full dress-rehearsal, masalah yang sama dialami oleh Amelina. Suaranya tidak mencapai tahap yang memuaskan.
Amelina jadi down tapi dia tak putus semangat untuk mencuba yang the best malam ni!