Ia berikutan penyampai berita tersebut tidak mendapat jawab soalan yang diberikan serta tersalah memberi jawaban ketika ditanya Hattan berkenaan lagu kumpulan XPDC berikutan kematian vokalisnya iaitu Mael.
Ketika ketika kejadian yang berlaku secara langsung, Hattan menyelar penyampai berita itu yang dianggap tidak membuat kajian, malah turut bertindak memutuskan talian telefon.
Oleh yang demikian, ramai yang telah memperkatakan tentang insiden berkenaan sehingga nama penyanyi tersebut menjadi trending di Twitter.
Menerusi komen-komen yang diberikan netizen, rata-ratanya telah mengkritik Hattan dan menyatakan penyanyi itu seperti tidak memahami tugas sebagai seorang penyampai berita serta memalukan wanita berkenaan.
Bagaimanapun, ada segelintir yang tetap mempertahankan penyanyi Biso Bonar itu dan menegaskan agar kajian dibuat oleh penyampai berita sebelum bertanyakan sebarang soalan