AirAsia Japan Co. Ltd. menghentikan operasi berkuatkuasa 5 Oktober ini. Syarikat itu ditubuhkan pada 2014 dan mengendalikan penerbangan domestik serta antarabangsa dari pangkalannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair.
Mengumumkan perkara itu, AirAsia Japan berkata, pandemik COVID-19 menyebabkan impak ekonomi yang besar dan berpanjangan kepada perniagaan serta ekonomi di seluruh dunia, malah syarikat itu sendiri tidak terkecuali.
“Sekatan perjalanan dan ketidaktentuan yang dicetuskan telah menjejaskan permintaan bagi perjalanan perniagaan serta pelancongan, menyebabkan pengurangan dan pembatalan penerbangan manakala pesawat tidak beroperasi.
“Faktor-faktor ini memberi kesan besar kepada kemampuan syarikat untuk meneruskan operasi,” katanya.
– AirAsia Japan
Pengarah Perwakilan dan Ketua Pegawai Operasi AirAsia Japan, Jun Aida berkata di sebalik usaha syarikat mengekalkan operasi melalui inisiatif pengurangan kos, adalah dirumuskan bahawa sesuatu yang amat mencabar untuk terus beroperasi tanpa kepastian mengenai pemulihan pasca pandemik.
“Di sebalik usaha berterusan untuk mengekalkan operasi melalui pelbagai inisiatif pengurangan kos, kami membuat keputusan bahawa cabaran iin terlalu berat untuk kami tanggung dan dalam masa yang sama jalan untuk pemulihan pasca-pandemik masih kabur.
“Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu-tetamu kami yang setia serta pemegang taruh yang telah menyokong kami selama ini.
“Keputusan berat ini tidak buat dengan mudah dan telah dipersetujui menerusi semakan perniagaan yang mendalam.
“Langkah seterusnya berhubung keputusan ini akan dibuat berdasarkan undang-undang dan peraturan trermasuk Akta Aeronatik Awam Jepun.
“Kami telah membatalkan penerbangan. Kesemua tetamu yang terjejas akan dihubungi melalui emel dan maklumat lanjut dalam tempoh tujuh hari akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini
“Saya mahu menzahirkan penghargaan kepada pelanggan setia dan pemegang kepentingan yang menyokong kami selama ini. Keputusan sukar untuk menamatkan operasi ini diambil bukan secara terburu-buru atau diambil ringan,”
– Jun Aida
Mungkin apabila Covid 19 dah reda, AirAsia Japan akan beroperasi semula. Sedihnya tak dapat terbang ke negara Matahari Terbit dengan AirAsia.