in , , ,

Gara-Gara Nak Tiru Rihanna, Fesyen ABPBH 33 Dikritik, Bapa Sissy Imann Buka Mulut

Fesyen penyanyi Sissy Imann di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH 33) mendapat kritikan ramai.

Tampil sebagai pengacara untuk segmen karpet merah serta ‘backstage’ ABPBH 33 Jumaat lalu, penampilan Sissy dikatakan meniru penyanyi antarabangsa Rihanna, malah ada netizen nakal mengusik penampilan Sissy seperti cadar katil. 

Tampil menjernihkan keadaan, bapa Sissy, Mohammad Kamil Moustaffa memberikan kenyataan menerusi salah sebuah posting di laman Instagram miliknya.

Sissy Imann

“Akulah penyebabnya..”

– BAPA SISSY IMANn
Sissy Imann

Menurut Kamil, dia berbangga kerana anaknya telah melakukan yang terbaik.

“Ayah mana tak nak anak-anaknya jadi yang terbaik. Penampilan anak aku dikecam hebat di ABPBH33. Akulah penyebabnya tapi aku tetap bangga dia dah lakukan yang terbaik malam tu.

“Biarlah orang kutuk pun, aku akur, aku sedar diri, aku bukan siapa-siapa. Aku seorang bapa yang hanya melakukan tanggungjawab supaya anak aku meraih kejayaan, untuk itu aku tetap akan lakukan sehabis baik mungkin selagi aku diperlukan dan selagi kudrat aku masih ada,” tulisnya.

Sissy Imann

Sissy Tak Dapat Tajaan!

Tambahnya lagi, Sissy juga tidak mendapat sebarang tajaan serta batu perhiasan di busana Sissy pada malam terbabit dijahit oleh Kamil sendiri.

“Tak ada hamba Allah yang nak sponsor yang benar-benar approach pun, baik busana mahu pun kelengkapan dirinya untuk berada di pentas kecil mahu pun di tempat gah.. Aku bukan jenis yang meminta-minta.

“Dari awalnya, aku sendirilah yang berusaha bersengkang mata untuk jahitkan batu perhiasan di baju.

“Entah berapa ribu kalilah jari ni tertusuk dek jarum. Mata ni bukanlah terang sangat pun.

“Melecur juga kena gam panas merekakan subangnya. Dandankan rambut, sarungkan baju betulkan segalanyalah.

“Terbakar dan melecur tangan dek terkena panas curler dan iron bila mendandan rambutnya,” tulisnya lagi.

– Kamil
Sissy Imann

Bapa Selalu Mahu Berada Bersama Sissy.

Dalam pada itu, Kamil mengakui segala yang dia usahakan adalah untuk anak kesayangannya.

“Aku ni bukanlah profesional pun yang tahu segalanya tapi aku tetap melakukannya demi dia, anak aku sehabis baik mungkin.

“Setiap kali dia beraksi aku akan sentiasa mahu berada sama untuk memastikan dia nampak elok di mata aku.

“Sekurangnya dia berada dalam keadaan sopan dan tertib, sampai kekadang aku lupa aku ni bertongkat ke sana ke mari.

“Aku bangga ngan anak aku seorang ni, setiap kali selesai, dia akan sentiasa tanya, “Ayahanda, kakak okay ke?”

“Itu sudah puas bagi aku yang dia menunjukkan aprisiasinya. Aku bentuk dia smpai ke hari ini, sikit demi sikit smpailah dia jadi siapa diri dia sekarang ini.

“Tanpa mengharapkan belas ihsan sesiapa. Baik buruk aku telan sebab dia darah daging aku.

“Orang boleh mengecam tapi jerih perih aku, hanya Allah sahaja yang tahu. Jutaan terima kasih aku nak ucapkan pada yang penyokong tegar anak aku ni, teruslah menyokong ya tanpa berbelah bagi.

“Terima kasih juga pada yang menghentam, menghina dan mencerca kerana kekalkan kami untuk sentiasa merendah diri dan menyedarkan kami untuk sentiasa berdiri dibumi nyata. Wallahualam,”

– Kamil

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gaun Wany Hasrita Guna 100 Meter Kain, Yang Penting Tutup Aurat, Ini Baru Gaun SOP

Rakan Dituduh Bunuh Siti Nur Surya Tidak Dibenar Ikat Jamin