Kejadian yang berlaku di Vienna ini menyebabkan seorang pemuda ditahan dan didenda sebanyak 500 euro atau kira-kira RM2,412 kerana mengeluarkan bunyi kentut yang kuat.
Lelaki tersebut didakwa sengaja berkelakuan ‘kurang sopan’ di khalayak ramai
Pihak polis Austria mempertahankan jumlah denda berkenaan dengan mendakwa lelaki itu sengaja berkelakuan sedemikian ketika berganjak dari tempat duduk beliau.
Polis Austria menerusi Twitter menegaskan bahawa, lelaki terbabit tidak memberi kerjasama ketika pemeriksaan dilakukan.
Malah, polis Austria juga berkata sekiranya pemuda terbabit tidak berpuas hati, beliau boleh mencabar denda tersebut menerusi prosedur undang-undang.
Haih, macam-macam hal juga kan? Apapun, semoga kes ini dapat diselesaikan secara aman.