Menonton drama di TV tidak semestinya melalaikan. Kalau kita ambil positif banyak pengajaran yang boleh dipelajari. Contoh paling klasik, lihat saja anak ini. Bijaknya awak, semoga besar nanti menjadi pejuang hak-hak wanita teraniaya
Terbaru, viral di media sosial mengenai satu video memperlihatkan telatah comel seorang kanak-kanak yang asyik bercerita kepada bapanya tentang adegan dalam drama tersebut.
Terkesan Menonton 7 HARI MENCINTAIKU 2, Seorang Anak Ni Kasi Tarbiah kat Ayahnya.
Posted by Sensasi Selebriti – Budiey.com on Tuesday, August 11, 2020
Menerusi video pendek berdurasi 0:26 saat yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berada di dalam kereta bersama bapanya. Kanak-kanak yang masih berpakaian sekolah itu telah menceritakan kepada bapanya mengenai satu adegan ‘gaduh’ yang terdapat dalam drama yang diminati ibunya.
Si bapa kemudian memberitahu bahawa tajuk drama tersebut adalah 7 Hari Mencintaiku. Kanak-kanak ini dengan bersemangat telah menceritakan kepada bapanya watak dalam drama tersebut telah dipukul sehingga berdarah.
Bukan itu sahaja, sampai urat-urat pun keluar tau! Sedang asyik bercerita dan dalam keadaan yang spontan, dia sempat ‘menasihati’ bapanya supaya tidak menjadi kasar seperti watak tersebut. Lebih mencuit hati apabila dia memperingati bapanya agar bercakap lembut dengan anak-anak dan isteri.
Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka terhibur melihat telatah spontan anak kecil ini. Bukan main petah lagi dia bercakap!